Erythropoietic protoporphyria (EPP)

oie_rgPuTRhQjmNk

Vampire ???? Itulah perkataan pertama yang akan keluar apabila penyakit ini dibincangkan. Ini kerana, ciri-ciri penderita penyakit ini mempunyai beberapa persamaan dengan kisah lagenda Vampire yang sering kita dengar atau tonton di televisyen. Erythropoietic protoporphria (EPP) adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan enzim ferokelatase. Disebabkan kurangnya enzim ini, ia akan menyebabkan peningkatan kimia protoporphyrin pada kulit. Pengumpulan protoporphyrin di dalam jaringan tubuh badan akan menyebabkan urin berwarna merah keungguan, kulit menjadi tersangat sensitif terhadap cahaya matahari, dan pada sesetengah kes, penderitanya mungkin akan mengalami anaemia parah.

 

Buat penderita penyakit EPP, gejala pertama dapat dikesan sewaktu mereka masih kanak-kanak. Pada peringkat itu pun, kulit mereka akan mulai sensitif terhadap cahaya matahari. Kebiasaan penderita penyakit ini mempunyai kulit yang lembut, dan apabila kulit mereka terkena sinaran matahari. Kulit mereka akan menjadi merah, bengkak serta melecur. Ianya kerap terjadi pada tangan, kaki serta telinga mereka. Seterusnya, kesan daripada cahaya matahari tersebut akan meninggalkan kesan parut pada kulit mereka. Perkataan “Porphyria” asalnya adalah daripada perkataan Yunani “Porphura” yang membawa maksud warna ungu. Ini merujuk kepada perubahan beberapa cairan tubuh badan yang menjadi ungu, contohnya urin.

 

EPP terdiri daripada beberapa jenis. Secara umumnya, EPP dapat dibahagikan kepada dua jenis. Namun, tidak semua penyakit porphyria menunjukkan gejala-gejala seakan-akan seperti ‘Vampire’ :

  1. Acute Porphyria – Untuk jenis ini, ia akan menyerang sistem saraf dengan menunjukkan gejala-gejala seperti nyeri pada bahagian perut, muntah, lemah otot, demam dan halusinasi.
  2. Cutaneous Porphyria – Untuk jenis yang kedua ini pula, ia akan menyerang neuron saraf kulit. Seterusnya menyebabkan kulit penderita penyakit ini akan menjadi sangat sensitif dan mudah melecur sekiranya terkena pancaran matahari. Inilah jenis porphyria yang sering diperkatakan memiliki ciri-ciri seakan lagenda “Vampire”.

 

Khas buat anda yang tercari-cari rawatan khusus buat mengubati EPP, saya cadangkan anda untuk berkunjung ke The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Mereka mengamalkan rawatan alternatif bagi merawat segala macam jenis penyakit. Selain dari itu, ubat-ubatan herba juga digunakan sebagai penambah kesan positif di dalam merawat sesuatu penyakit itu.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161633KyCVYvFp

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>