Tips Kesihatan : 8 Tips Rambut Cepat Panjang

oie_1cGbazQ4hPR7

Rambut yang sihat, cantik dan kemas dapat membuatkan seseorang itu tampil kelihatan lebih menarik. Bagi wanita, rambut merupakan mahkota mereka yang sangat berharga. Untuk mendapatkan rambut yang cantik, kita hendaklah selalu menjaga kesihatan rambut kita. Akan tetapi tcm nak tanya, bagaimana caranya sekiranya anda tersalah gunting rambut dan anda berharap sangat rambut anda cepat panjang?

Atau lain-lain alasan lagi yang membuatkan anda ingin sangat rambut cepat panjang. Ada tak caranya ye? Hm, jom tcm nak kongsikan dengan anda 8 cara yang dapat anda lakukan bagi memanjangkan rambut dalam masa yang lebih singkat atau cepat berbanding biasa.

 

8 Tips Panjangkan Rambut

1. Teh Hijau

Teh hijau merupakan salah satu bahan semulajadi yang dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut. kandungan antioksidan yang tinggi yang terdapat pada teh hijau dapat melancarkan aliran darah pada kulit sehingga merangsang pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.

Caranya :

  • Sapukan teh hijau dan letakkan pada kulit kepala secara rata
  • Kemudian bungkuskan rambut anda dengan tuala selama 20-30 minit
  • Bilas sehingga bersih

 

2. Daun Lidah Buaya

Lidah buaya sememangnya memiliki pelbagai khasiat yang sangat penting untuk rambut. Antaranya seperti cepat panjang, lurus dan juga lebat.

Caranya :

  • Kupas daun lidah buaya dan ambil gel didalamnya
  • Sapukan gel tersebut pada kulit rambut anda
  • Biarkan selama 20 minit
  • Bilas sehingga bersih
  • Disarankan untuk dilakukan setelah shampoo rambut

 

3. Santan

Walaupun sedikit pelik, santan juga sebenarnya mampu digunakan sebagai bahan di dalam memanjangkan rambut. Ia dapat dilakukan selama 2 kali seminggu. Selain memanjangkan rambut, penggunaan santan secara rutin juga dapat menghaluskan dan melembutkan rambut.

Caranya :

  • Sapukan santan pada kulit kepala secara menyeluruh
  • Tutup rambut anda dengan tuala panas
  • Biarkan selama 15-20 minit
  • Bilas sehingga bersih

 

4. Kurangkan Penggunaan Pengering Rambut

Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana suhu yang panas tidaklah baik bagi kesihatan rambut. Rambut yang sering terdedah pada suhu panas akan menjadi mudah kering dan gugur. Disebabkan oleh keadaan tersebut, proses pertumbuhan rambut yang sihat akan menjadi lebih lambat.

 

5. Minyak Zaitun

Sejak dari zaman dahulu lagi, minyak zaitun digunakan sebagai bahan untuk merawat kecantikan. Ini termasuklah di dalam membantu memanjangkan rambut.

Caranya :

  • Titiskan sebanyak 4-5 titisan minyak zaitun pada kulit kepala (setelah syampoo)
  • Picit kulit kepala dengan perlahan-lahan
  • Biarkan semalam tanpa basahkan rambut.
  • Bilas setelah bangun pagi sehingga bersih

 

6. Putih Telur

Putih telur mengandungi nutrisi yang dapat mempercepat pertumbuhan rambut. Putih telur dapat dijadikan masker rambut bagi memanjangkan rambut dengan lebih cepat.

Caranya :

  • Campurkan putih telur dan minyak zaitun
  • Sapukan ke seluruh kulit kepala dan rambut sambil dipicit dengan perlahan-lahan
  • Biarkan selama beberapa minit bagi ia meresap
  • Bilas sehingga bersih

 

7. Gunting Hujung Rambut

Menggunting hujung rambut bukan hanya dilakukan bagi membuang rambut yang sudah tua dan bercabang. Malah ia dapat meransang agar rambut tumbuh lebih cepat secara semulajadi dan secara tak langsung membuang rambut yang tidak sihat.

 

8. Menggunakan Conditioner

Penggunaan conditioner setelah syampoo yang dilakukan secara rutin dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut. Selain itu, conditioner juga membantu menjaga kelembapan rambut dan mencegah masalah rambut seperti rambut kering, rapuhh dan kusam.

Caranya :

  • Setelah syampoo rambut, gunakan conditioner
  • Lakukan secara rutin sebanyak 2 kali seminggu
  • Dengan cara ini, rambut anda akan lebih cepat panjang serta sihat.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+rambut+cepat+panjang

https://www.tokopedia.com/blog/10-cara-cepat-memanjangkan-rambut-dalam-waktu-singkat/

http://tips47.blogspot.com/2016/06/cara-rambut-cepat-panjang-lurus.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>