Sindrom Tourette

oie_yOvHGO9XPtWf

Apa khabar semua, tajuk yang akan tcm kongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom tourette. Sindrom tourette adalah sejenis penyakit neuropsikiatrik yang dapat membuatkan seseorang itu mengeluarkan ucapan atau pergerakan spontan (tic) tanpa dapat mengawalnya. Penyakit ini dapat diwarisi secara turun temurun.

Ucapan yang dikeluarkan pesakit sering dikaitkan dengan ucapan kata-kata kotor, kasar atau yang menghina seseorang. Walaupun sindrom tourette bukan lagi merupakan keadaan yang jarang terjadi, namun bukan mudah untuk mengenalpasti penyakit ini. Ini kerana, kebanyakan pesakit hanyalah mengalami sindrom tourette yang bersifat ringan.

 

Gejala-Gejala Sindrom Tourette

  • Motor Tics – Melakukan gerakan berulang-ulang dan melibatkan otot dalam jumlah yang terbatas (simple tics) ataupun beberapa otot sekaligus (complex tics). Antara contoh simple tics yang dapat terjadi adalah seperti mata berkedip, membuka mulut, muncungkan mulut, menganggukkan kepala atau menggelengkan kepala. Antara contoh complex tics pula ialah menyentuh, mengulangi pergerakan sesuatu benda, membengkok, memusingkan badan dan melompat.
  • Vocal Tics – Membuat suara yang melibatkan otot dalam jumlah yang terbatas (simpe tics) atau beberapa kumpulan otot sekaligus (complex tics). Antara contoh simple tics ialah batuk, meniru suara seperti bunyi binatang. Antara contoh bagi complex tics pula ialah mengulang perkataan sendiri (palilalia) dan mengulang perkataan orang lain (ecophenomena).
  • Koprolalia – Menggunakan kata-kata atau umpatan yang kotor dan tidak sopan dengan sengaja. Hal ini sama sekali tidak disebabkan oleh karakter moral pesakit atau cara didikan pesakit.
  • Tingkah Laku Tanpa Etika – Tingkah laku yang tidak sesuai di tengah kehidupan sosial seperti mengeluarkan komen yang kasar dan tidak sesuai.

 

Penyebab Sindrom Tourette

Penyebab bagi sindrom ini masih lagi sedang dikenalpasti. Menurut kajian, sindrom tourette terjadi hasil daripada gabungan faktor genetik dan juga persekitaran. Jantina lelaki dan mempunyai sejarah pesakit sindrom tourette di dalam keluarga atau gangguan tic yang lain dapat meningkatkan lagi risiko seseorang itu untuk menghidapi sindrom ini.

Terdapat beberapa teori yang menjelaskan bagaimana sindrom tourette dapat berlaku. Antaranya :-

  • Neurologikal – Memiliki kecacatan struktur, fungsi dan bahan kimia yang terdapat di dalam otak.
  • Genetik – Gen tidak normal yang diwariskan ibu bapa kepada anak dapat menjadi faktor penyebab yang paling umum terhadap sindrom tourette.
  • Persekitaran – Gangguan yang dialami ibu ketika hamil dan kelahiran dapat menjadi faktor penyebab pada kanak-kanak yang menghidapi sindrom ini. Antara gangguan yang dialami tersebut adalah seperti stress dan proses kelahiran yang mengambil masa lebih lama dari biasa. Selain itu, keadaan fizikal bayi semasa lahir juga dapat menjadi penyebab kemunculan sindrom ini. Antaranya seperti berat badan yang lebih ringan dari normal dan jangkitan kuman streptococcal.

 

Keadaan Kesihatan Yang Berkait Dengan Sindrom Tourette

  1. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) – Dapat dialami oleh 6 dari 10 orang kanak-kanak yang menghidapi sindrom tourette
  2. OCD (Obsessive-Compulsive Disorder) atau OCB (Obsessive-Compulsive Behavior) – Dapat dialami 5 dari 10 orang yang menderita sindrom tourette
  3. Gangguan Tingkah Laku (Conduct Disorder) – Suka melawan dan perilaku kasar yang dialami 2 dari 10 orang yang menderita sindrom tourette
  4. Gangguan Perasaan – Merasa cemas dan tekanan yang berlebihan. Dapat dialami 2 dari 10 penderita sindrom tourette
  5. Perbuatan Melukakan Diri Sendiri – Dapat dialami oleh 3 dari 10 orang penderita sindrom tourette
  6. Kesukaran Belajar – Dapat dialami oleh 3 dari 10 orang pesakit sindrom tourette

 

Golongan Berisko

  • Lelaki
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi penyakit tourette
  • Berusia 2-15 tahun
  • Mengalami masalah seperti yang tcm nyatakan pada bahagian penyebab sindrom tourette

 

Tips Buat Pesakit Tourette

Pesakit sindrom tourette biasanya akan mengalami masalah apabila mereka berada di kawasan yang terbuka dan mereka perlu berinteraksi dengan ramai orang. Disebabkan oleh keadaan yang dialami mereka, pesakit tourette dapat merasa kurang keyakinan diri sehingga memberi tekanan terhadap mereka. Disini tcm kongsikan beberapa tips buat pesakit sindrom tourette.

  • Ambil tahu berkenaan penyakit ini dengan lebih meluas serta dapatkan maklumat-maklumat yang terkini.
  • Pupuk kepercayaan diri dengan berinteraksi dengan orang lain
  • Jadi pendorong yang baik untuk pesakit dengan memaklumkan keadaan mereka pada orang terdekat pesakit seperti guru, kawan sekolah dan lain-lain supaya faham akan keadaan mereka.
  • Oleh kerana pesakit dapat belajar dengan lebih baik di dalam kumpulan yang kecil, cuba untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak pengurusan sekolah.
  • Ahli keluarga dapat bertindak sebagai kumpulan sokongan buat pesakit di dalam membantu mereka di dalam mengharungi kehidupan seharian

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=apa+itu+tourette+syndrome

https://id.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Tourette

http://www.alodokter.com/sindrom-tourette

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>