Penyakit Arteri Periferal

oie_9pD43h0yJWk1

Hai semua, artikel kesihatan kita pada hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Penyakit Arteri Periferal atau Peripheral Artery Disease (PAD). PAD adalah suatu keadaan di mana terdapat masalah pada peredaran darah seseorang itu yang disebabkan oleh arteri yang menyempit sehingga membuatkan kurangnya peredaran darah pada bahagian kaki.

 

Penyebab PAD

Penyebab kepada penyakit ini seperti yang telah kita baca diatas ialah disebabkan oleh penyempitan arteri sehingga mengganggu peredaran darah. Penyempitan arteri pula terjadi disebabkan oleh penyumbatan lemak. Lemak yang tersumbat pada arteri tersebut dikenali sebagai plak. Kesan daripada perkara ini, ia membuatkan penderitanya mengalami sakit pada bahagian otot betis, paha dan punggung.

Pesakit PAD merasa sakit pada bahagian otot betis mereka kerana otot tersebut tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Kekurangan oksigen terjadi apabila peredaran darah menjadi terganggu.

 

Gejala-Gejala PAD

  • Terasa sejuk pada bahagian kaki apabila dibandingkan dengan kawasan lain
  • Denyutan nadi yang tiada atau lemah pada bahagian kaki
  • Kaki menjadi kebas dan lemah
  • Sakit pada bahagian kaki
  • Kekejangan di bahagian otot pinggang, paha atau betis ketika beraktiviti
  • Pertumbuhan kuku kaki yang lambat
  • Mengalami perubahan warna pada bahagian kaki

 

Faktor Risiko PAD

Antara risiko-risiko yang berpotensi dialami oleh pesakit PAD adalah seperti tekanan darah tinggi, kadar kolestrol yang tinggi dan diabetes. Manakala, perkara-perkara yang membuatkan seseorang itu berisiko tinggi mengalami penyakit PAD adalah seperti tabiat merokok, berusia 50 tahun ke atas, mengalami kecederaan dan mengalami jangkitan pada arteri (arteritis).

 

 Komplikasi PAD

Sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit PAD yang disebabkan oleh penumpukan plak di dalam pembuluh darah, mereka juga berpotensi untuk mengalami :

  • Iskemia Kritikal : Ia terjadi apabila seseorang itu mengalami kecederaan atau jangkitan pada kaki mereka. Keadaan ini bermula dengan luka terbuka yang tidak sembuh. Seterusnya ia mampu membuatkan seseorang itu mengalami gangren.
  • Stroke dan Serangan Jantung : Yup, komplikasi kedua yang berpotensi dialami pesakit PAD adalah seperti stroke dan juga serangan jantung.

 

Langkah Mengatasi PAD

  • Berhenti daripada merokok serta elakkan daripada terdedah kepada asap rokok
  • Makan makanan yang sihat serta rendah lemak
  • Mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan
  • Menjadikan senaman sebagai rutin harian

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=penyakit+arteri+peripheral

http://www.sehatfresh.com/penyakit-arteri-perifer/

https://www.singhealth.com.sg/PatientCare/Overseas-Referral/bh/Conditions/Pages/Peripheral-Arterial-Disease.aspx

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>