Penyakit Ileus

oie_U4tjD4yazPUU

Apa khabar semua? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai Ileus. Ileus adalah suatu keadaan di mana usus seseorang itu tidak bergerak dan menyebabkan makanan tidak dapat melalui saluran pencernaan dengan sempurna. Keadaan ini dapat terjadi sama ada pada usus kecil ataupun usus besar.

Usus merupakan sebahagian daripada saluran pencernaan. Ia berfungsi bagi menyerap nutrisi makanan. Hasil dan sisa daripada makanan itu yang telah dicerna seterusnya akan melepasi usus dan dikeluarkan pada proses terakhir proses pencernaan iaitu ketika membuang air besar.

 

Jenis-Jenis Ileus

  1. Ileus obstruktif – Pergerakan makanan yang terhenti disebabkan oleh adanya sumbatan (obstruksi) di saluran pencernaan.
  2. Ileus paralitik – Pergerakan makanan yang terhenti disebabkan oleh hilangnya gerakan peristaltik usus. Ia terjadi disebabkan malfungsi sistem saraf dan otot di saluran pencernaan.

 

Ileus merupakan satu masalah yang sangat serius. Ini kerana, ramai yang tidak akan sedar akan hal ini dan terus makan dan menyebabkan lebih banyak makanan yang tersekat pada satu bahagian usus. Sekiranya hal ini berlanjutan, ia mampu menyebabkan usus pesakit berlubang. Apabila usus berlubang, isi usus yang mengandungi banyak bakteria akan bocor pada rongga tubuh badan.

 

Gejala-Gejala Ileus

  • Kejang perut
  • Hilang selera makan
  • Merasa kenyang
  • Sembelit
  • Sukar untuk buang angin
  • Pembengkakan pada perut
  • Mual
  • Muntah

 

Penyebab Penyakit Ileus

Terdapat beberapa faktor yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami ileus. Antaranya ialah :-

  • Terdapat tumor pada bahagian abdomen
  • Menghidapi masalah atau penyakit yang dapat mempengaruhi fungsi otot dan saraf seperti penyakit parkinson
  • Mengalami jangkitan
  • Kesan sampingan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti jenis opioid, sedatif atau dadah yang memperlambat peristaltik usus

 

Faktor Pendorong Ileus

  • Pembedahan, jangkitan atau kecederaan pada perut
  • Pernah mengalami ileus
  • Ketidakseimbangan elektrolit, terutamanya kalium dan kalsium
  • Pernah mengalami kecederaan pada usus
  • Penyakit Chron
  • Divertikulitis
  • Sepsis
  • Penyakit arteri periferal
  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Penuaan

 

Tips Mengatasi Penyakit Ileus

Seperti semua lain-lain penyakit. Langkah bagi mengatasi sesuatu penyakit itu adalah dengan mengamalkan gaya hidup atau cara hidup yang sihat. Luangkan masa anda untuk bersenam, amalkan pemakanan seimbang, jaga berat badan pada tahap yang sihat dan akhir sekali, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+ileus

https://mediskus.com/ileus

https://hellosehat.com/penyakit/ileus/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>