Hipoparatiroid

oie_IRy645KVqgCS

Salam isnin semua, semoga hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan suatu keadaan yang dikenali sebagai “hipoparatiroid”. Hipoparatiroid adalah suatu ketidakseimbangan metabolisme kalsium dan fosfat yang terjadi di dalam tubuh badan seseorang itu.

Ianya adalah suatu keadaan di mana tubuh badan seseorang itu menghasilkan hormon paratiroid yang terlalu rendah sehingga seterusnya menyebabkan mereka mengalami hipoparatiroid.

 

Ketidakseimbangan metabolisme di dalam tubuh badan diantara kalsium dan fosfat ialah berlakunya penurunan kadar serum fosfat serta di dalam masa yang sama menyebabkan juga penurunan kadar kalsium di dalam tulang dan juga darah.

 

Penyebab Hipoparatiroid

  • Menghidapi penyakit autoimun di mana ia menyebabkan tubuh badan menghasilkan amtibodi yang akan merosakkan jaringan paratiroid kerana menganggapnya sebagai benda asing. Disebabkan itu, kelenjar paratiroid berkemungkinan berhenti daripada menghasilkan hormon paratiroid.
  • Rawatan kanser dengan menggunakan kaedah radiasi seperti melakukan pengubatan radioterapi kanser yang intensif pada bahagian wajah dan leher mampu menghancurkan kelenjar paratiroid.
  • Disebabkan kecederaan yang dialami setelah melakukan pembedahan pada bahagian leher terutamanya pada bahagian depan. Antara contoh pembedahan adalah seperti pembuangan kelenjar paratiroid yang disebabkan oleh kanser.
  • Turunnya kadar magnesium di dalam darah yang turut memberi kesan kepada fungsi kelenjar paratiroid di dalam penghasilan hormon paratiroid. Antara perkara yang dapat menurunkan kadar magnesium di dalam darah ialah tabiat minum alkohol secara berlebihan.

 

Gejala-Gejala Hipoparatiroid

Gejala bagi hipoparatiroid kebiasaannya bergantung kepada penyebab utama yang membuatkan seseorang itu mengalami hipoparatiroid. Antara gejala-gejala umum yang dialami oleh penderita hipoparatiroid ialah :

  • Kulit menjadi kering serta kuku menjadi rapuh
  • Bulu mata menjadi semakin nipis
  • Badan menjadi lemah dan sering merasa lelah
  • Otot pada kawasan sekitar mulut, tekak, perut dan kaki merasa kejang
  • Sering tertekan atau mengalami mood yang sering berubah-ubah
  • Sakit ketika menstruasi
  • Memiliki masalah dengan ingatan
  • Otot-otot pada bahagian wajah, perut dan kaki terasa sakit

 

Komplikasi Hipoparatiroid

Terdapat pelbagai komplikasi-komplikasi berbahaya yang dapat terjadi yang disebabkan oleh hipoparatiroid. Antaranya seperti mengalami katarak, berlakunya penumpukan kalsium pada bahagian otak yang mana ianya dapat mempengaruhi keseimbangan tubuh serta membuatkan penderitanya merasa kejang.

Disamping itu, kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini juga akan mengalami perkembangan mental yang terbantut. Selain perkembangan mental, perkembangan fizikal mereka juga turut berisiko mengalami keadaan yang sama.

 

Langkah Pencegahan Hipoparatiroid

Hingga sekarang masih belum terdapat sebarang langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi mengatasi penyakit ini. Walaupun begitu, anda bolehlah mengikuti segala nasihat atau cadangan yang diberikan oleh doktor apabila anda sudah melakukan pemeriksaan mengenai masalah kesihatan yang dialami anda. Sentiasa peka dengan segala gejala yang dialami anda.

Sedikit sebanyak, perkara tersebut dapat membantu doktor untuk lebih memahami keadaan kesihatan anda. ;)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://adhehikma29.wordpress.com/2013/12/03/hipoparatiroid/

http://www.alodokter.com/hipoparatiroid

http://www.dokterdigital.com/id/penyakit/72_hipoparatiroidisme.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>