Penyakit Tachycardia

oie_dGi83sodEjd5

Hai semua, semoga sihat selalu yea. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit jantung yang dikenali sebagai tachycardia. Penyakit jantung tachycardia adalah suatu keadaan di mana degupan jantung seseorang itu berdegup melebihi 100 degupan dalam masa satu minit. Kadar normal degupan jantung dalam masa seminit adalah sekitar 60-100 degupan sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai kadar degupan jantung sehingga 90 degupan/minit walaupun dalam keadaan berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti, anda hendaklah lebih berhati-hati. Ini kerana, ada berpotensi mengalami penyakit ini.

 

Gejala-Gejala Tachycardia

  • Merasa sesak nafas
  • Sering mengalami kelelahan
  • Merasa pening-pening dan pengsan
  • Sakit pada bahagian dada
  • Kepala terasa ringan (hipotensi)
  • Jantung terasa berdebar-debar

 

Penyebab-Penyebab Tachycardia

Tachycardia dapat disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah seperti tindak balas normal tubuh badan terhadap kecemasan, demam, kehilangan darah yang cepat dan banyak. Selain itu, tachycardia juga boleh berpunca daripada keadaan kesihatan seseorang itu. Contohnya seperti memiliki tahap hormon tiroid yang tidak normal yang disebut sebagai hipertiroidisme.

Antara penyebab-penyebab lain bagi tachycardia ialah :

  • Memiliki tekanan darah yang tinggi
  • Sering minum minuman yang beralkohol dan berkafein
  • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan
  • Kerosakan pada jaringan jantung kesan daripada penyakit jantung
  • Tabiat suka merokok

 

Kesan Buruk Tachycardia

Tachycardia dapat mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan dan kehidupan kita. Oleh itu, sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala seperti yang dinyatakan, segeralah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan daripada doktor. Selain itu, cegah diri anda daripada penyebab-penyebab yang membuatkan seseorang itu berpotensi mengalami penyakit ini.

Antara kesan buruk yang dapat dialami oleh seseorang yang menghidapi penyakit ini ialah sering pengsan, mengalami kegagalan jantung dan berpotensi mendapat serangan jantung serta kematian yang mendadak.

 

Langkah -Langkah Pencegahan

Berikut disenaraikan beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan supaya dapat mencegah diri anda daripada mengalami penyakit ini. Antaranya ialah :

  • Elakkan daripada penyalahgunaan dadah
  • Sentiasa kawal perasaan anda supaya tidak stress
  • Berhenti daripada merokok
  • Mengawal berat badan agar tidak berlebihan
  • Kurangkan minuman berkafein serta elakkan sebarang minuman beralkohol
  • Sering bersenam serta makan makanan yang sihat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.ahlinyapenyakitjantung.web.id/penyakit-jantung-tachycardia/

http://www.alodokter.com/takikardia

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>