KETAGIH ROKOK

 

Ketagih Rokok

rokok2

 

Dinegara kita dianggarkan ¼ dari kematian akibat penyakit kaitan dengan tabiat merokok. Menurut kajian seorang daripada dua orang penghisap tembakau akan mati akibat rokok. Kenyataan yang senang nak paham , sejumlah perokok akan mati sebelum usia tua mereka.Perokok bukan tak sedar akan bahaya dan padah yang mereka terima, tapi mereka tidak mampu untuk berhenti . Bak kata orang tua tua lah kan. “NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH”.  Jika pasang usaha bersungguh sungguh pasti hasil positif. Lebih 95% perokok cuba hentikan tabiat buruk mereka itu tetapi gagal. Menurut kajian pakar ketagihan dari Yale Universiti school of Medicine, Amerika Syarikat , kesukaran yang dialami oleh seorang perokok untuk berhenti merokok adalah sama seperti sukarnya seorang penagih dadah untuk berhenti mengambil dadah.

Bahan kimia nikotina yang terkandong didalam rokok adalah punca utama mengapa perokok mengalami ketagihan sehingga tidak boleh berhenti.  Bahan kimia yang boleh membunuh itu mengubah neurobiology seseorang perokok sehingga menyebabkan  mereka gagal berhenti merokok. Selain nikotina, lebih 4000 bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok.

 

 

rokok 1

 

 

Bahan yang kebanyakkan beracun ini juga menyebabkan seseorang perokok terdedah kepada penyakit merbahaya seperti serangan angin akhmar, kesukaran bernafas, barah paru paru, jantung dan estioporosis.   Mungkin masih ramai yang tidak sedar bahawa setiap sedutan asap rokok yang dihisap juga sebenarnya menjadi mangsa penyakit tiba tiba. Merokok akan memusnahkan fungsi paru paru secara pelahan lahan sehingga menjadi kronik .

Setiap tahun harga rokok meningkat. Dari RM3 sekotak hingga RM12 sekotak, tidak menjadi masalah pada perokok tegar ini. Mereka akan ikhtiar dan berusaha untuk membelinya. Patutnya harga rokok naik kan se maksima mungkin. Biar perokok tegar ni pening nak beli. Tapi jumlah perokok tetap tak kurang.

 

 

 

 

 

PETUA (ni dari bekas perokok yang telah merokok selama 12 tahun)

 

 

rokok3

 

 

semua perokok akan dan wajib akan hisap rokok selepas mereka makan atau minum. Naluri untuk merokok sangat kuat bila selepas makan atau minum. Petua ini  boleh cuba. Beli buah tembikai sebiji. Simpan dalam peti sejuk dibahagian beku. Buah tembikai tidak beku macam beku air batu. Malah lebih sedap dimakan jika sedikit keras dan beku. Lepas makan, amalkan makan tembikai yang telah dibekukan tu. Gantikan rokok dengan buah tembikai. Amalkan setiap kali lepas makan. Pada masa yang lain cuba alihkan perhatian kepada benda yang lebih menarik. Perbanyakan minum air masak juga bagus. Jangan minum kopi kerana kopi akan merangsang anda untuk merokok. Setiap kali kawan kawan kita merokok, cuba elak kan untuk lepak bersama. Cuba jauhkan diri. Jangan pulak sampai putus kawan. Jauhkan diri bila kawan kawan kita merokok saja. PERCAYALAH jika boleh kekal kan petua ini, nanti bau asap rokok pun kita akan rimas. Dan akhirnya mampu berhenti 100% . boleh lah cuba.

 

 

rokok4

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>