Kanser Perut

oie_yxRra9mrtgWC

Artikel yang ingin tcm kongsikan hari ini adalah mengenai kanser perut. Sama seperti lain-lain kanser, kanser perut juga sangat berbahaya dan mampu menyebabkan kematian. Untuk pengetahuan semua, kanser perut merupakan kanser ke-dua tertinggi yang menjadi penyebab kematian yang disebabkan oleh kanser seluruh dunia. Jom kita tengok, kenapa kanser perut dapat terjadi.

 

Penyebab Kanser Perut

Kanser perut terjadi apabila sel-sel dibahagian dinding perut manusia tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal sehingga menyebabkan berlakunya ketumbuhan di bahagian perut.

 

Gejala-Gejala Kanser Perut

Antara gejala atau tanda-tanda peringkat awal kanser perut adalah seperti :-

  • Merasa kembung perut setelah makan
  • Mengalami masalah pencernaan
  • Hilang selera makan
  • Merasa mual sedikit atau ingin muntah

 

Golongan Berisiko

Kanser perut banyak berlaku di negara Jepun. Ini adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan mereka yang gemar makan makanan yang dijeruk dan disalai. Walaupun begitu, jumlah kes kanser perut yang terjadi di Jepun telah menurun sejak 60 tahun yang lalu kerana kaedah penyimpanan makanan yang lebih baik serta tidak hanya bergantung kepada makanan yang hanya dijeruk dan disalai.

Selain itu, kanser perut juga banyak berlaku pada mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas dan lebih sering dialami lelaki berbanding wanita.

 

Faktor Pendorong Kanser Perut

  • Merokok
  • Berat badan berlebihan (obesiti)
  • Diet tinggi dalam makanan salai asap, jeruk atau masin
  • Pembedahan perut untuk ulser
  • Darah jenis A
  • Jangkitan virus Epstein – Barr
  • Terdedah kepada asbestos
  • Bekerja di dalam industri arang batu, logam, kayu atau getah

 

Langkah Pencegahan Kanser Perut

  1. Senaman : Lakukan senaman fizikal sebagai rutin harian anda. Disamping dapat kekal aktif, anda juga dapat mengurangkan risiko kanser perut.
  2. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran : Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam pemakanan harian anda.
  3. Kurangkan garam : Kurangkan pengambilan garam serta tukar garam biasa anda kepada garam buluh yang mengandungi sumber mineral yang banyak.
  4. Berhenti merokok : Tahniah bagi anda yang tidak merokok. Merokok dapat meningkatkan risiko seseorang itu mengalami kanser perut.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=kanser+perut

https://www.hk3.com.my/ms/kanser-perut/

http://www.myhealth.gov.my/kanser-perut/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>