Penyakit Emfisema

oie_gnyAmBPPJSZF

Hai semua, hari ini tcm akan kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang berkaitan dengan paru-paru kita. Tahukah anda, terdapat pelbagai penyakit yang dapat terjadi pada paru-paru kita? Antaranya ialah seperti asma, pneumonia, pleuritis, emfisema dan banyak lagi. Tajuk yang tcm akan kongsikan hari ini ialah berkenaan dengan Emfisema.

disfagia-ictus-160x160

Emfisema merupakan sejenis penyakit paru-paru yang ditandai dengan pembengkakan yang terjadi pada paru-paru disebabkan pembuluh darahnya dimasuki oleh udara. Emfisema juga disebabkan hilangnya elastisitas alveolus. Kesan daripada itu, penderita emfisema akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selain itu, penderita juga akan mengalami batuk yang teruk.

 

Gejala-Gejala Emfisema

  • Mempunyai gejala seperti bronkitis kronik pada peringkat awal
  • Mengalami batuk yang teruk
  • Mengalami sesak nafas yang disertai dengan bunyi seakan-akan wisel
  • Bibir kelihatan kebiru-biruan
  • Berat badan turun akibat nafsu makan yang menurun

 

Faktor Pendorong Terjadinya Emfisema

1075399784_c.jpg

  • Bronkitis kronik yang berkaitan dengan tabiat merokok
  • Sering terdedah kepada asap rokok ataupun debu
  • Faktor usia yang semakin lanjut

 

Tips Buat Pesakit Emfisema

Di sini tcm nak kongsikan beberapa tips terutamanya buat pesakit emfisema. Tips-tips ini bertujuan bagi pesakit emfisema dapat menghentikan perkembangan penyakit ini dan seterusnya membantu menghalang dari segala komplikasi yang dapat terjadi. Tips pertama ialah dengan berhenti merokok. ini merupakan salah satu tips yang paling penting sekali untuk diikuti.

Ini kerana, tabiat merokok ataupun sering terdedah kepada asap rokok merupakan salah satu pendorong kepada penyakit ini. Tips seterusnya ialah anda disarankan untuk mengamalkan senaman secara teratur. Dengan bersenam, paru-paru kita akan menjadi lebih kuat dan seterusnya mampu menjadikan organ pernafasan kita lebih sihat.

Akhir sekali. pesakit amat sekali disarankan agar tidak berada di kawasan persekitaran yang terlalu sejuk. Ini kerana, persekitaran sejuk dapat membuatkan pesakit mengalami kejang pada saluran bronkial. Hal ini seterusnya akan menyebabkan penyakit ini bertambah parah.

 

Komplikasi Penyakit Emfisema

  • Mengalami jangkitan pada saluran pernafasan
  • Daya tahan tubuh menurun
  • Berlaku proses peradangan yang teruk di saluran pernafasan
  • Kerosakan paru-paru semakin teruk

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>