Autism Dan 6 Individu Hebat

oie_Se7W86hFoEmC

Apa khabar semua, tinggal lagi beberapa hari sahaja sebelum mereka yang beragama Islam akan menyambut hari raya. Jadi di sini, tcm nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam. Semoga hari raya kali ini lebih bermakna bersama yang tersayang. Ok, pada artikel kali ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan autism.

Autism merupakan satu gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak seseorang itu. Ia kebiasaannya mula terjadi atau mula dikenalpasti sebelum kanak-kanak tersebut berumur 3 tahun. Banyak diantara kita yang terlalu fokus pada masalah autism tersebut hingga tidak mengendahkan kelebihan yang terdapat pada kanak-kanak itu sendiri.

 

Jadi disebabkan itu, tcm nak kongsikan anda semua diantara beberapa individu hebat yang dikenalpasti mempunyai masalah autism semasa kecil. Antaranya ialah :

 

1. Satoshi Tajiri

Satoshi Tajiri adalah seorang pereka video game yang berasal dari Jepun dan dikenali sebagai pencipta karakter fenomena iaitu pokemon. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai penggerak sebuah video game developer yang bernama Game Freak Inc. Oleh kerana semasa kecil beliau sangat meminati serangga sehingga mendapat gelaran Dr. Bug, karakter pokemon juga wujud daripada alter egonya yang sangat menyukai dunia serangga.

 

2. Albert Einstein

Nama Albert Einstein sudah tidak perlu diperkenalkan. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang sangat terkenal. Beliau merupakan seorang saintis teori fizik yang sangat dipandang tinggi dalam abad ke-20. Beliau juga dianugerahi penghargaan nobel fizik pada tahun 1921 bagi menjelaskan mengenai kesan fotoelektrik dan pengabdiannya bagi teori fizik.

 

3. John Elder Robinson

John Elder Robinson membesar sebagai salah seorang yang menghidapi autisme. Walaupun begitu, John terkenal dengan bakatnya di dalam bidang mekanik dan elektronik. Bakat yang dimiliki John membuatkan beliau diterima bekerja di syarikat muzik milik Pink Floyd. Kini, John mempunyai perniagaannya sendiri iaitu mengumpulkan dan membaiki kereta antik Eropah.

 

4. Axel Brauns

Axel Brauns adalah seorang penulis dan penerbit filem yang berasal dari Hamburg, Jerman. Brauns berhenti dari sekolah pada tahun 1984 bagi menumpukan perhatian pada kerjaya menulisnya. Minat yang mendalam terhadap buku membuatkan beliau menulis dan menerbitkan buku sendiri. Semasa kecil, beliau mengalami kesukaran untuk bercakap.

 

5. Tim Page

Tim Page merupakan seorang penulis, editor, pengkritik muzik, produser dan juga professor. Walaupun membesar dengan sindrom Asperger yang tidak di diagnosis, beliau tetap berjaya membuktikan dirinya kompeten dalam bidang yang diceburinya. Malah, beliau turut terpilih oleh Opera News sebagai salah satu dari 25 orang paling berpengaruh di dunia opera.

 

6.  Daniel Tammet

Daniel Tammet adalah seorang cendekiawan autism yang dapat menyelesaikan kiraan matematik yang paling susah di dunia dan mampu menguasai bahasa asing dalam masa beberapa hari sahaja. Daniel mampu bertutur 10 bahasa yang berbeza. Ini termasuk Rumania, Gaelik, Welsh dan Islandia.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=senarai+individu+autism+berjaya

http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2013/02/pengidap-autisme-yang-berjaya.html

https://sitiaminahratmanfpen.wordpress.com/about/tokoh-terkenal-menghidap-autisme/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>