Kanser

Hye :)

Sihatkah anda kengkawan… moga-moga sihat selalulah ye..

Anda tahu apakah penyakit kanser? Ermm rase-rasenyer semua tahukan disebabkan penyakit ini adalah satu penyakit yang selalu terjadi pada masa kini..setiap tahun angka penyakit kanser ini semakin meningkat dan membimbangkan..

Untuk pengetahuan anda kengkawan, penyakit kanser ini boleh dihidapi oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Kajian yang dijalankan oleh MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta daripadanya mati akibat dari kanser tersebut. Ini membuktikan bahawa 3 dari 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.

Dasyat tak?

Okeylah terlebih dulu saya nak berkongsi dengan anda bagaimana kanser nie boleh terjadi dan apakah kanser nie..Menurut  kajian,kanser ini ialah SEL YANG TERHASIL SECARA TIDAK NORMAL dalam badan seseorang. Ianya dikenali sebagai satu kelompok sel dipanggil TUMOR dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota lain.Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Sel kanser nie boleh membiak menggunakan kaki dengan membuat ‘laluan ‘ sendiri dan menjangkiti tisu ke tisu lain, lama-kelamaan sel kanser akan bertambah banyakdan merebak ke organ lain melalui saluran darah atau system limpa.

Okey kengkawan untuk pengetahuan anda juga kanser ini adalah disebabkan oleh beberapa factor yang sering yang dikenali termasuklah

Umur

  • Kanser boleh terjadi disebabkan factor umur. Itulah sebabnya kebanyakan seseorang yang mengalami kanser adalah 65 tahun keatas. Tetapi harus diingati juga, bahawa ianya tidak bermakna  ianya tidak terjadi pada sebarang usia.

Tabiat dan gaya hidup

  • Pilihan gaya hidup yang tertentu dalam meningkatkan risiko kanser. Merokok, minum arak (alkohol), pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau kerap melepuh terkena  sinaran matahari. Mengadakan hubungan seks yang tidak selamat juga boleh menyumbang kepada kanser. Tabiat  ini harus diubah untuk mengurangkan risiko kanser.

Sejarah keluarga

  • Kanser juga disebabkan oleh factor warisan. Jika kanser seperti perkara biasa dalam sejarah keluarga, kemungkinan bahawa mutasi sedang dipindahkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Tetapi ingat tidak semua yang mempunyai mutasi yang diwarisi bermakna akan mendapat kanser.

Alam Sekitar

  • Persekitaran di sekeliling mungkin berbahaya yang boleh meningkatkan risiko kanser. Kimia di rumah atau tempat kerja juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

Kengkawan..INGAT..!!

jika anda mengalami beberapa petanda bahawa anda menghidapi kanser, segera melakukan pemeriksaan doktor.

Banyak kes di mana diagnosis bagi mengenalpasti kanser lewat dilakukan.Apabila sudah teruk barulah berjumpa dengan doktor, masa ini agak sudah terlewat. Oleh itu, diagnosis dan rawatan awal penyakit kanser amat penting.

~ Semoga info yang dikongsikan di sini bermanfaat untuk kita semua kawan-kawan… :)

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>