Ulser Mulut

Hye.. :)

Kengkawan, anda pernah kena ulser tak ? Tahu tak ulser tu apa ?

Ulser nie kalau terjadi disekitar mulut memang sakit, nak-nak kalau sudah merebak ke bahagian tekak..aduihhh…terlalu sakit wok..nak makan pun tiada selera, pedihhhh sangat-sangat. Masa saya kecil dulu memang kerap kali saya diserang ulser mulut nie. Masa kecil dulu ingat lagi, ayah selalu beli ubat dari kedai cina. Ubatnya adalah seperti arang dan disapu ditempat terkena ulser tersebut. Dalam 2,ke 3 hari sudah pulih…

yang tak tahu ulser mulut tu tengok gambar nie…

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit sperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam.Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan ,kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.

Ulser ialah tompokan putih di dalam mulut ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah

Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut :

1. Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak.

2. Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.

3. Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.

4. Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka.

Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah ulser:

1. minumlah air yang secukupnya.

2. kurangkan air yang berasid.

3. jauhilah makanan yang banyak mengandungi rempah.

4. letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit.

Jika ulser mulut anda masih juga tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Kengkawan mencegah adalah  lebih baik dari mengubati kan ? :)

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>