DEEP VEIN THROMBOSIS (DVT)

Siapa setuju seseorang yang banyak bekerja menggunakan kudrat dan berpeluh lebih sihat dari orang yang bekerja secara pasif diatas kerusi dan tidak berpeluh. Tidak dinafikan setiap pekerjaan mempunyai risikonya yang tersendiri. Tetapi bekerja selama berjam jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih.

 

dvt1

 

Menurut laporan kajian dari Pusat Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Menurut rekod menunjukkan 1/3 pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap darah beku atau Thrombosis Pembuluh Darah Vena (DVT) adalah mereka yang menghabiskan masa berjam jam dihadapan komputer.

DVT adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Situasi ini terjadi kerana aliran darah yang tidak baik terhasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Ketua penyelidikan berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghadapi masalah itu duduk di depan skrin computer selama lebih 10 Jam sehari masalah ini biasanya dihadapan oleh pekerja industry  teknologi . DVT itu sendiri diklasifikasikan oleh pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam. Dan paling popular dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh berpindah ke jantung, paru paru dan otak. Boleh menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas malah kematian akibat serangan jantung atau angin akhmar.

Mengapa Pulmonari embolisme terjadi?

Setiap manusia mempunyai sepasang paru paru. Darah dipam Secara konsisten dari jantung ke paru paru. Dalam paru paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan sisa metabolism. Arteri pula membawa darah yang penuh dengan oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah yang kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah akan mengalir ke jantung sebelum memasuki arteri. Disitulah punca tersumbat .

 

dvt

 

Tanda tanda DVT

  • Cepat Penat
  • Kurang selera makan
  • Sakit dada
  • Batuk
  • Mengah
  • Nadi berdenyut laju
  • Nafas pendek

Pencegahan

  • Jangan minum air batu
  • Kerap minum air suam
  • Jangan guna hawa dingin terlalu sejuk
  • Banyakkan gerakan ringan

Rawatan

Rawatan yang biasa digunakan adalah pengambilan ubat untuk menghentikan pembekuan darah seperti heparin dan Warfarin. Kedua duanya membantu mencegah darah beku dan menghentikan darah beku.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>