Katarak

oie_fisZvy68fFHW

Apa itu katarak? Ia adalah suatu perubahan pada kanta mata yang seharusnya jernih dan lut sinar bertukar menjadi keruh. Kesan daripada keadaan tersebut, seseorang yang menghidapi penyakit ini tidak dapat melihat sesuatu objek itu dengan jelas. Katarak terjadi secara perlahan-lahan, tahap penglihatan bagi pesakit katarak adalah bergantung kepada kekeruhan kanta.

Katarak tidaklah merebak dari satu mata kepada mata yang lain. Walaupun begitu, katarak juga mampu untuk terjadi pada kedua-dua belah mata secara bersamaan. Kebanyakan masalah katarak berlaku disebabkan kerana terdapat satu perubahan kimia pada protein kanta mata yang membuatkan kanta mata menjadi keruh.

 

Bagaimana katarak berlaku .. ?

oie_364829ahFAr5Hs

Seiring dengan bertambahnya usia, fleksibiliti mata juga tidak terkecuali dari mengalami penurunan, begitu juga dengan ketebalan dan kejernihan mata. Kanta terdiri daripada air dan serat protein. Dengan bertambahnya usia seseorang itu, komposisi mata mereka akan mengalami perubahan dan struktur serat protein mengalami penurunan. Beberapa serat protein pula akan menggumpal dan menyebabkan noda pada kanta mata.

 

Gejala2 Katarak

 

Katarak tidak membuatkan pesakit yang menghidapinya merasa sakit. Malah, katarak juga tidak membahayakan kesihatan fizikal kita sehinggalah ia berubah menjadi lebih parah. Di mana, keadaannya yang parah dapat menyebabkan radang, kesakitan dan sakit kepala. Pada tahap awal penyakit ini, ia hanya akan mempengaruhi sebahagian kecil sahaja daripada kanta mata kita. Namun, saat katarak tumbuh menjadi semakin besar, noda putih akan mulai menutupi keseluruhan kanta mata dan mengganggu masuknya cahaya kedalam mata. Antara tanda-tanda dan gejala katarak ialah:

  • Sukar untuk melihat pada malam hari
  • Memerlukan cahaya terang untuk membaca atau ketika beraktiviti.
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Pandangan menjadi dua sekiranya hanya melihat dengan sebelah mata sahaja
  • Warna pudar atau cenderung untuk menguning saat melihat
  • Pandangan mata kabur, suram, atau seperti ada bayangan awan atau asap

 

Jenis2 Katarak

oie_0kMClgjzGWyC

  1. Nuclear – Katarak terjadi pada bahagian tengah kanta mata. Pada peringkat awal, akan ada perubahan pada fokus cahaya. Untuk sementara waktu, anda akan mengalami kemajuan penglihatan terutamanya dalam membaca. Akan tetapi, kemudiannya penglihatan akan menjadi kekuningan dan terbentuk noda putih pada kanta. Seterusnya, daya lihat juga akan merosot dengan penglihatan menjadi coklat. Akhir sekali, pada tahap yang parah, mereka akan mengalami kesukaran untuk membezakan warna kerana pandangan akan menjadi biru atau ungu.
  2. Cortical – Katarak ini pula bermula dengan terbentuk noda pada lapisan luar mata. Proses ini berjalan dengan perlahan-lahan. Seterusnya, noda ini boleh menjalar ke tengah kanta dan mengganggu aliran cahaya ke pusat kanta. Pesakit yang mempunyai katarak jenis ini akan mengalami silau apabila melihat cahaya.
  3. Subcapsular – Jenis katarak yang ketiga ini pula, bermula dengan terbentuknya kawasan gelap terus dibawah kanta. Kebiasaannya, katarak ini terbentuk di belakang kanta yang merupakan jalan cahaya ke retina mata. Katarak ini sering mempengaruhi kemampuan untuk membaca, mengurangkan keupayaan melihat dalam cahaya terang dan menyebabkan silau atau lingkaran cahaya ketika melihat sinar di malam hari

 

 Risiko2 Pendorong Katarak

 

  1. Diabetes
  2. Pernah melakukan pembedahan mata
  3. Terkena radiasi ion
  4. Sejarah keluarga dengan katarak
  5. Usia
  6. Merokok
  7. Terkena sinar matahari secara berlebihan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>