Sindrom Rett

oie_iTiWi29XAIse

Sindrom Rett adalah sejenis gangguan neurologi dan perkembangan yang terjadi pada sebahagian besar perempuan. Bayi yang mengalami sindrom ini kebiasaannya lahir dan membesar dengan normal pada permulaannya. Akan tetapi, sehingga satu ketika, proses perkembangan mereka akan terhenti dan mengalami masalah seperti kehilangan kemampuan dalam melakukan sesuatu perkara yang biasanya dapat dilakukan mereka.

Contohnya, penderita sindrom rett akan berhenti bercakap, kehilangan kemampuan untuk berjalan dengan betul dan mereka juga berhenti menggunakan tangan mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dapat mengembangkan stereotaip gerakan tangan seperti memerah, bertepuk tangan dan menepuk tangan mereka. Keadaan ini dapat ditemui pada seorang daripada 10,000-12,000 kanak-kanak perempuan dan hanya sekali sekala sahaja memberi kesan pada kanak-kanak lelaki.

 

Simptom-Simptom :

oie_TX7Ke3tSklNe

Sindrom Rett mempunyai beberapa peringkat dan menunjukkan gejala-gejala yang berbeza mengikut peringkat yang dialami oleh seseorang itu. Antara simptom-simptom yang dialami mereka adalah seperti berikut.

 

Simptom pada peringkat awal (6-18 bulan pertama kehidupan)

  • Kelewatan perkembangan secara umum
  • Kesukaran untuk makan
  • Kekurangan minat terhadap barang permainan
  • Perbuatan menepuk tangan secara berulang-ulang
  • Koordinasi yang lemah

 

Simptom peringkat kedua (1-4 tahun)

  • Pergerakan tangan yang tidak terkawal serta berulang-ulang
  • Perasaan cepat marah dan perbuatan menjerit yang tidak dapat dijelaskan
  • Tidak minat bergaul serta kurang bertentang mata
  • Kadar pernafasan yang meningkat atau perlahan
  • Mengalami masalah untuk tidur
  • Kepala bersaiz kecil
  • Kesukaran mengunyah dan menelan makanan
  • Sakit perut dan sembelit

 

Simptom peringkat ketiga (2-10 tahun)

  • Mengalami hypotonia dan kesukaran untuk berjalan
  • Kesukaran menggunakan tangan untuk menggerakkan objek
  • Pergerakan tangan yang berulang-ulang
  • Pergerakan lidah yang tidak normal
  • Aritmia
  • Epilepsi

 

Peringkat keempat (Boleh bertahan selama bertahun-tahun dan kadang-kala dekad)

  • Tidak mampu untuk berjalan
  • Tulang belakang bengkok pada sebelah bahagian (scoliosis)
  • Mengalami kekakuan terutamanya pada bahagian kaki

 

Faktor Penyebab Sindrom Rett

oie_cU6mwD5ZgUiv

Faktor umum yang menyebabkan berlakunya sindrom rett adalah disebabkan oleh berlakunya mutasi pada gen MECP2. Gen ini terdapat pada kromosom X, yang mana merupakan penyebab mengapa masalah ini sering terjadi pada kanak-kanak perempuan. Gen kod MECP2 untuk MeCP2 protein, diperlukan untuk perkembangan otak. Sekiranya protein ini tidak normal, otak tidak akan dapat berkembang dengan baik.

 

Diagnosis Sindrom Rett

oie_Hrd6YbeAQ18a

Diagnosis kepada pesakit ini dijalankan berdasarkan simptom-simptom yang ditunjukkan kanak-kanak tersebut. Melakukan analisis pada genetik dan karyotyping juga boleh digunakan sebagai salah satu cara bagi mengesan mutasi yang menyebabkan keadaan ini.

Pakar perubatan masih berusaha di dalam menemukan penawar buat penyakit ini. Namun begitu, penderita sindrom rett boleh mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan seperti ubat-ubatan anti-epileptik untuk mengawal sawan, hidroterapi, fisioterapi dll.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>