Ruam

oie_JzLLIGqScYK6

TCM pasti, ramai yang pernah mengalaminya bukan. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai kulit yang terlalu sensitif. Ruam boleh berlaku pada semua golongan, tidak kira dewasa atau pun kanak-kanak. Ianya disebabkan oleh sesuatu yang menyebabkan iritasi pada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Ruam kebiasaannya berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh. Dermatitis akan menyebabkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk keadaannya adalah seperti bengkak, kemerahan serta luka.

 

Punca2 Ruam :

 

  1. Terdedah kepada tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac
  2. Terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama
  3. Berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan
  4. Pemakaian barang kemas yang membuatkan pemakai tidak selesa
  5. Alergik terhadap sesuatu seperti sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, losyen dll
  6. Faktor cuaca yang sejuk atau cuaca yang amat panas
  7. Tekanan emosi seperti kekecewaan atau rasa malu

 

Antara Jenis2 Ruam :

oie_okVh120yrKfc

  1. Ruam panas – Juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal, adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas di dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil anda secara tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau tepi lampin, janganlah risau, ianya mungkin hanya ruam panas. Apabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh bagi menyejukkan badannya. Jika peluh tersebut terlalu banyak sehingga menyumbat pori kulit serta peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul.
  2. Ruam susu – Terjadi akibat daripada kesan lelehan susu yang dibiarkan dan tidak dilap. Pipi merupakan kawasan kulit bayi yang sering terkena titisan susu. Keadaan ini juga disebabkan bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasaskan protein lembu yang diberikan.
  3. Ruam lampin – Disebabkan terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang, kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha.
  4. Ekzema – Merasa sangat gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk berlaku sehingga berdarah dan keluar air. Ekzema adalah keadaan kuit yang kronik, di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah.
  5. Allergi – Kulit menjadi merah serta gatal secara tiba-tiba. Kebiasaannya berpunca daripada pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat serta bulu binatang. Alergi atau alahan sebenarnya, merupakan reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau disentuh.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>