Khasiat buah Naga

hye :)

Hmm.. tadi jalan-jalan cari makan terpandang plak  sejenis buah nie..awww kaler dia saje dah betul2 buat saya ngidam nak menjamah buah nie..betul2 naik buat kate orang utara..haha..dahlah cantik bentuk buah die pastu bile dah beli nak makan rase sayang plak..

Hahh mesti korang dari tadi duk terpikir buah apalah yang saya katakan nie kan..ha teka teka..uhuu.. teeeeeeeeeet….mase dah habis..!!  buah tersebut adalah buah naga dan ianya terdiri daripada keluarga cactacea yang tergolong dalam spesies kaktus. Untuk pengetahuan kengkawan juga namanya diberi nama NAGA adalah kerana buah ini mempunyai  sayap seperti seekor naga.

Okey sebelum tu korang Kenal tak kengkawan?

takpelahh saya share kt bawah nie gambanya mana yang tidak mengenalinya ya…

Disebalik kecantikan buah nie tersimpan pelbagai khasiat kengkawan..okey antaranya ialah :

* Kaya dengan potassium,ferum,protein,serat,sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan.

* Buah naga merah sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam badan.

* Boleh mencegah kanser usus,selain mencegah kandungan KOLESTEROL yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan KADAR LEMAK dalam badan.

* Mampu mengurangkan metabolisme dalam badan dan menjaga kesihatan jantung ianya sejenis serat yang boleh mengawal kanser usus,kencing manis dan diet. Selain itu ianya seabgai karotin iaitu mampu mengawal kesihatan mata,menguatkan otak dan menghalang penyakit daripada  terjadi.

* Mengandungi zat besi untuk menambah darah;Vitamin B1 (mengawal kepanasan badan);Vitamin B2 (menambah selera);B3 (menurunkan kadar koleksterol) dan Vitamin C (menambah kelicinan,kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

* Khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya,tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.

* Dahan pokok naga boleh dijadikan salad,ulam,digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup yang berupaya membuang toksik dalam badan dan pencuci perut.

 

Sebenarnya untuk kelihatan cantik dan sihat tidak perlu mengamalkan ubat-ubatan, makan sahaja buah-buahan yang mengandungu pelbagai khasiat seperti buah naga ini selain mengamalkan senaman dan pengambilan makanan yang seimbang. Jom sihat sepanjang masa bersama kami… SIHAT BERSAMA TCM

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>