Khasiat Buah Betik

Hye..  :)

Korang suka betik tak kengkawan?

saya suka juga, nak-nak makan betik lepas keluar dari peti sejuk,memang syyedap, lagi urmmmm rase die kan…hahaha. Tapi tak ramai yang menggemari betik kerana ia kurang popular berbanding buah-buahan tempatan lain. Namun begitu, khasiat betik tak kurang juga hebatnya seperti buah-buahanyang lain.

Kalau makan betik agak boleh jadi macam ni tak kengkawan?? euwwwww.. :P

Kalau korang nak tahu kengakwan, buah betik adalah dari spesies ‘carica papaya’ dan berasal dari keluarga ‘caricaceae’. (susahnya nak sebut,berbelit lidah pakcik norh). Ianya kaya dengan vitamin C yang lebih tinggi daripada buah limau. Sesetengah dari buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan 100% keperluan vitamin C dalam sehari.

Sebelum itu, korang tahu tak buah betik ni macam mane?

Tak apa lah, saya tunjuk sikit rupa dia…hehehehe…..

 

Zat

Selain vitamin C, betik juga mengandungi zat vitamin A dan pelbagai jenis zat vitamin B seperti riboflavin, folate, dan cryptoxanthin. Zat ini merupakan sejenis carotene yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. Selain zat vitamin, betik turut mengandungi serat, zat protein dan enzim papain.

 

Makanan Tambahan

Memakan betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan membersihkan perut. Jus buah betik yang dicampurkan susu dan madu mempu menjadi tonik untuk membantu tumbesaran kanak-kanak dan orang sakit.

 

Ubat Sembelit & Buasir

Salah satu penawar yang murah dan selamat. Betik mampu membantu penghadaman serta membekalkan pelbagai vitamin, zat galian dan serat yang diperlukan. Bahkan, ia juga dapat membantu menjauhkan diri daripada cacing pita dan kerawit dalam perut.

 

Kecantikan

Siapa kata buah tempatan tak mempunyai khasiat untuk kecantikan? Buah betik mampu membantu menjadikan kulit lebih lembap dan licin. Tidak kisahlah sekiranya kengkawan makan atau sapu di muka. Getah betik muda pula boleh membantu merawat rekahan di tumit kaki.

 

Mencegah Penyakit Jantung

Jus betik kaya dengan antioksidan yang membuat ia makanan hebat untuk mencegah perkembangan penyakit jantung. Antioksidan yang tidak membenarkan kolesterol melekat pada dinding arteri. Ia mengurangkan risiko masalah jantung dengan mengawal tahap kolesterol.

 

Kitaran haid teratur

Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, boleh mengambil jus betik untuk membuat kitaran haid mereka tetap.

 

 

Okeylaa kengkawan sume, penat dah jari jemari hamba menaip nie..Semoga info yang diberikan bermanfaat buat kita yerk..!!

Nak share?? Dipersilakannnn…. :)

 

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>