Khasiat Buah Tomato

Hyee.. :)

Anda kenal buah tomato kengkawan? Adakah buahnya seperti buah tembikai ataupun duku?

Hehe.. pelik sangatlah jika anda tidak mengenali buah ini.. buah ini adalah berwarna merah dan ianya boleh dimakan mentah . menurut pemerhatian saya walaupun buah ini sangat cantik rupanya dan agak masam sedikit rasanya tidak semua orang akan menggemarinya. Tetapi tahukah anda ianya tersimpan berbagai khasiat tersendiri  termasuk membantu mencegah pelbagai penyakit merbahaya…

Nah tengok gambar tomato nie kepada sesiapa yang tidak mengenali…

Khasiat buah ini bukan sahaja hanya pada isinya sahaja tetapi warnanya juga adalah merupakan sebatian semulajadi yang disebabkan likopena, iaitu karatenoid yang menjadikannya berwarna merah yang merupakan sebagai antioksidan semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Selain berfungsi sebagai antioksidan, ianya juga mengandungi LIKOPENA iaitu boleh mengurangkan risiko untuk penyakit kanser dan juga penyakit jantung. Melalui beberapa kajian, kandunga LIKOPENA yang terdapat di dalam buah tomato ini begitu tinggi berbanding dengan buah-buah yang lain.oleh itu, galakkan untuk mengambil makanan yang berasaskan tomato amat digalakkan.

Untuk pengetahuan kengkawan jua, LIKOPENA dapat membantu mencegah penyakit seperti kansewr prostat, kanser paru-paru,  dan kanser perut. Selain itu ianya juga dapat membantu mengurangkan paras kolestrol LDL dan sekaligus mengawal tekanan darah supaya menjadi stabil.


Antara kelebihan dan kebaikan tomato juga ialah:

Baik untuk penghidap kencing manis

  • Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

Baik untuk mata

  • Kaya dengan vitamin A, ianya bermanfaat untuk kesihatan mata khasnya sepetri rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Bagi daunnya pula berkhasiat dalam merawat saraf optic dan lemah mata.

Baik untuk obesity

  • Tomato sangat berguna dalam rawatan obesity. Ianya sebagai kaedah paling mudah untuk mengurangkan berat badan.

Baik untuk gangguan usus dan hati

  • Amalkannya dengan minum segelas jus tomato segar setiap pagi. Dapat melancarkan pengaliran usus dan merawat maslah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

Baik untuk gangguan pernafasan

  • Bagi pesakit lelah, kaedah meminum jus tomato dapat melegakan rasa sesak nafas di dalam bronkiol dan pengeluaran mucus atau lender melampau serta kejang.

Baik untuk bagi penyusuan bayi

  • Kandungan LIKOPENA didalam susu ibu baik untuk bayi jika ibu mengamalkan makan tomato

 

Okey kengkawan, selepas nie jangan teragak-agak untuk menikmati buah tomato ini.. khasiatnya tersangat baik untuk kita SIHAT SEPANJANG MASA

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>