Masalah Hipoglikemia

oie_O1Bv6edZef12

Hai semua, apa khabar? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis masalah gula darah rendah. Masalah ini juga sering dikenali dengan istilah “Hipoglikemia”. Ok..apa itu hipoglikemia ni? Hipoglikemia ialah suatu gangguan kesihatan yang terjadi apabila kadar gula di dalam darah berada pada tahap yang rendah atau dibawah kadar normal.

Kadar normal gula didalam darah sepatutnya berada pada tahap 70-110 mg/dl. Sekiranya seseorang itu memiliki kadar gula yang lebih rendah daripada tahap diatas, individu tersebut berpotensi mengalami hipoglikemia.

 

Bagaimana Hipoglikemia Terjadi

Zat gula boleh didapati daripada makanan yang kita cerna dan serap. Molekul-molekul gula tersebut diserap masuk ke dalam aliran darah dan seterusnya disalurkan ke seluruh sel-sel yang ada di dalam jaringan tubuh badan kita. Akan tetapi, kadangkala terdapat kes di mana sel-sel tubuh tidak mampu untuk menyerap zat gula yang ada pada jaringan tubuh badan kita.

 

Di dalam kes ini, sel-sel tubuh tersebut seterusnya akan dibantu untuk menyerap gula melalui bantuan hormon insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Secara kesimpulannya, insulin merupakan laluan masuk bagi zat gula untuk diserap ke dalam sel-sel tubuh badan.

Hipoglikemia mula berlaku apabila jumlah insulin menjadi terlalu banyak dan seterusnya secara tidak langsung akan membuatkan kadar gula semakin menurun.

 

Faktor Pendorong Hipoglikemia

Seperti yang telah kita baca diatas, salah satu penyebab yang membuatkan seseorang itu mengalami hipoglikemia adalah disebabkan oleh insulin. Disebabkan itu, antara penyakit yang berpotensi tinggi membuatkan penderitanya berisiko mengalami hipoglikemia ialah penyakit diabetes.

Ini kerana, pesakit diabetes sering memerlukan pengambilan insulin. Selain itu, hipoglikemia juga dapat disebabkan oleh :

  • Pola pemakanan yang buruk
  • Sering minum minuman beralkohol
  • Kekurangan nutrisi
  • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan

 

Gejala-Gejala Hipoglikemia

  • Berpeluh meskipun cuaca tidak panas
  • Sering pening-pening
  • Mudah untuk marah
  • Sering merasa gelisah
  • Sukar untuk menumpukan perhatian
  • Kelihatan pucat dan lemah

 

Langkah-langkah Pencegahan Hipoglikemia

Berikut merupakan beberapa langkah pencegahan yang dapat kita sama-sama amalkan agar dapat mencegah daripada masalah ini terjadi. Antara langkah-langkah tersebut ialah :

  • Elakkan daripada minum minuman beralkohol
  • Pantau kadar gula di dalam darah anda secara berkala
  • Amalkan pola pemakanan yang seimbang
  • Luangkan sedikit masa untuk bersenam
  • Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.sehatkan.com/2013/05/hipoglikemia-atau-penyakit-gula-darah.html

http://www.alodokter.com/hipoglikemia

http://www.pasiensehat.com/2015/08/5-gejala-hipoglikemia-gula-darah-rendah.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>