Masalah Kesuburan Lelaki

masalah kesuburan lelaki

Bila disebut masalah kesuburan, ia tidak hanya berpihak kepada wanita ataupun lelaki sahaja. Akan tetapi, sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya berpotensi mengalami masalah kesuburan. Pada artikel yang lepas, tcm telah kongsikan dengan anda semua mengenai masalah kesuburan bagi wanita. Pada kali ini, jom kita tengok masalah kesuburan pada lelaki pula.

Sperma lelaki harus mempunyai kuantiti dan kualiti yang baik untuk dapat menghampiri dan membuahi ovum wanita. Sekiranya lelaki mempunyai kuantiti sperma yang sedikit atau kualiti sperma yang tidak berkualiti, wanita akan mengalami kesukaran untuk hamil. Nak tahu gejala-gejala yang dapat dialami oleh lelaki yang mengalami masalah kesuburan. Ok, jom kita tengok di bawah.

 

Gejala-Gejala Masalah Kesuburan Lelaki

  • Mempunyai masalah pada fungsi seksual. Contohnya sukar untuk mencapai ejakulasi, jumlah cairan sperma yang sedikit, kurang keinginan untuk berhubungan seksual ataupun sukar untuk mengekalkan ereksi.
  • Sakit, bengkak atau terdapat sebarang benjolan di sekitar testis.
  • Mengalami jangkitan saluran pernafasan yang berulang.
  • Mempunyai jumlah sperma yang lebih sedikit daripada jumlah sperma normal (kurang daripada 15 juta sperma per milimeter semen (cairan yang mengandungi sprema) atau jumlah sperma total kurang daripada 39 juta setiap ejakulasi).
  • Pertumbuhan payudara yang tidak normal (gynecomastia).

 

Penyebab Masalah Kesuburan Lelaki

Sumbatan

Saluran sperma yang tersumbat dapat menghalang sperma daripada bercampur dengan air mani. Hal ini seterusnya akan membuatkan sperma gagal untuk mencapai ovum wanita. Sumbatan mungkin dapat berpunca daripada jangkitan atau kecederaan. Selain itu, lelaki tersebut turut berpotensi dilahirkan dengan keadaan tersebut.

Sperma yang tidak  tetap

Lelaki berpotensi mempunyai jumlah sperma yang sedikit atau spermanya mungkin berbentuk luar biasa atau sukar untuk bergerak. Faktor-faktor ini seterusnya membuatkan sukar atau mustahil untuk sperma sampai dan mempersenyawakan ovum wanita.

Masalah Ejakulasi

Lelaki turut berpotensi mengalami masalah pancutan. Contohnya seperti tidak dapat mengeluarkan air mani pada masa yang tepat. Atau mungkin spermanya “tertinggal” atau ternaik ke dalam pundi kencing. Keadaan ini dikenali sebagai ejakulasi songsang. Masalah ejakulasi dapat disebabkan oleh faktor psikologi atau fizikal.

Varicoceles

Sekiranya terdapat urat di dalam skrotum anda yang menonjol, ia mungkin merupakan salah satu petanda varicoceles. Varicoceles adalah perkara biasa dan ianya berpotensi menjejaskan keupayaan lelaki untuk menghasilkan sperma. Walaupun begitu, tidak semua lelaki yang mengalami varicoceles mempunyai masalah dengan sperma mereka.

 

Langkah Meningkatkan Kesuburan

Nak tahu faktor pendorong kepada masalah ini serta langkah-langkah bagi meningkatkan kesuburan anda? Klik SINI untuk baca artikel yang sebelum ini.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://hellosehat.com/tanda-tanda-pria-mengalami-masalah-kesuburan/

https://www.babycenter.com.my/a25020496/punca-punca-biasa-masalah-kesuburan-pada-lelaki

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>