Kenali Blepharospasm

oie_sqRlaiaGD9zG

Salam khamis semuanya, artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan suatu keadaan yang dikenali sebagai “blepharospasm”. Apa tu yea kawan-kawan? Blepharospasm sebenarnya adalah suatu gangguan kesihatan yang ditandai dengan kelipan mata yang berlaku secara berlebihan atau juga otot kelopak mata yang tidak terkawal di atas sebab yang tertentu.

Walaupun penyakit ini jarang berlaku pada negara kita yang tercinta “Malaysia”, kita tetaplah juga perlu tahu akan penyakit yang berbahaya ini.

 

Bahaya? Yup, penyakit ini boleh dikatakan sebagai penyakit yang kronik kerana sekiranya ia berlanjutan, ia dapat menyebabkan mata pesakit sentiasa tertutup. Selain itu, aktiviti-aktiviti harian seperti memandu kereta, membaca buku, berjalan-jalan dan lain-lain akan menjadi terganggu.

 

Gejala-Gejala Blepharospasm

  • Mata berkelip secara berlebihan dan tidak terkawal
  • Mengalami iritasi pada mata
  • Pada kes yang teruk, pesakit mungkin tidak dapat membuka kelopak mata
  • Kadangkala kelipan mata disertai kedutan pada otot wajah lainnya
  • Sering terjadi pada waktu siang

 

Faktor Penyebab Blepharospasm

Penyebab kepada blepharospasm masih lagi belum dapat dikenalpasti. Walaupun begitu, banyak pakar perubatan yang mengaitkan keadaan ini dengan kelainan fungsi yang terjadi pada basal ganglia yang terletak pada bahagian pangkal otak depan seseorang itu. Selain itu, faktor genetik atau keturunan juga mampu menjadi penyebab kepada penyakit ini.

 

Faktor Pendorong Blepharospasm

  • Individu yang berusia 40-65 tahun
  • Lebih sering terjadi pada wanita berbanding lelaki

 

Untuk yang tertanya-tanya, meh tcm kongsikan. Purata normal seorang dewasa mengelipkan matanya adalah antara 10-20 kali seminit. Manakala, apabila seseorang itu mengalami blepharospasm, kelipan mata mereka mampu bertambah hingga 1-3 kali sesaat. Ia dapat berlaku pada sebelah atau kedua-dua mata secara serentak.

 

Langkah Mengatasi Blepharospasm

  • Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol
  • Kawal perasaan supaya lebih bertenang
  • Kurangkan aktiviti harian dan banyakkan berehat
  • Berhenti dari merokok serta elakkan dari terdedah kepada asap rokok

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://jurnalisshahalam-sept11.blogspot.my/2012/01/blepharospasm.html

http://www.indramuhtadi.com/blog-articles-2014/topik-ke-170-mata-kedutan-blepharospasm

https://www.docdoc.com/id/info/condition/kedutan-mata

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>