Skin Tag (Isi Lebih)

oie_I9IJ2FLF3D7m

Salam sejahtera kepada semua. Artikel yang ingin tcm kongsikan bersama anda hari ini ialah berkenaan dengan sejenis masalah yang dapat berlaku pada kulit kita. Masalah tersebut dikenali sebagai skin tag atau juga sebagai isi lebih. Mesti anda tahu kan masalah ini? Tak? Jom kita tengok lebih lanjut lagi berkenaan masalah ini.

Masalah ini lebih sering terjadi pada wanita terutamanya mereka yang baru mengalami kenaikan berat badan. Skin tag adalah daging tumbuh bertangkai yang kebiasaannya bergantung pada kulit seseorang itu. Ia tidaklah berbahaya dan juga tidaklah menyakitkan, kecuali sekiranya ia mengalami iritasi ataupun bergesek dengan pakaian.

 

Gejala-Gejala Skin Tag

  • Munculnya isi lebih ataupun daging bertangkai pada permukaan kulit
  • Ada sesetengah isi lebih tersebut membuatkan kita terasa gatal
  • Saiznya kira-kira sebesar biji kacang hijau
  • Penderita tidak merasa sebarang sakit pada isi lebih tersebut
  • Pada sesetengah kes, kulit penderitanya mengalami kemerahan serta pembengkakan ringan

 

Faktor-Faktor Pendorong

Faktor penyebab kepada skin tag masih lagi belum dapat dikenalpasti. Walaupun begitu, skin tag sering dikaitkan dengan faktor seperti kenaikan berat badan, penderita diabetes dan juga kehamilan. Antara kawasan-kawasan yang sering skin tag terjadi adalah pada kawasan yang berlipat.

Berikut merupakan tempat-tempat yang sering ditumbuhi skin tag :

  • Leher
  • Dada
  • Punggung
  • Ketiak
  • Celah kangkang

 

Mitos Skin Tag

Ramai yang beranggapan proses pembuangan skin tag akan menjadikan bilangannya bertambah banyak. Hal ini tidak benar sama sekali, ini kerana pembuangan skin tag sama sekali tidak akan mempengaruhi pertumbuhannya. Skin tag yang dialami seseorang itu mampu bertambah banyak meskipun tanpa melakukan sebarang proses pembuangan.

 

Adakah Skin Tag Mampu Merebak?

Jawapannya adalah tidak. Ini kerana, adalah tidak mungkin anda dapat mengalami skin tag kesan daripada dijangkiti oleh orang lain yang mengalaminya. Skin tag tidaklah bersifat merebak. Bagi yang takut dengan skin tag yang dialami mereka, tcm nak maklumkan, skin tag tidaklah berbahaya sehingga perlu untuk dibuang.

Walaupun begitu, sekiranya anda merasa skin tag anda mengganggu, anda dapatlah berjumpa dengan doktor bagi membuang skin tag tersebut.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.budakpacak.com/2016/04/cara-membuang-isi-lebih-dengan-mudah.html

http://health.liputan6.com/read/2461479/jangan-abaikan-kelebihan-daging-yang-tumbuh-di-kulit

https://caracepatmengobatidagingtumbuhtanpaoperasi.wordpress.com/

http://www.dokterkulitku.com/skintag/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>