HFMD

oie_PwbOl9GyectN

Di dalam peredaran dunia yang semakin maju sekarang ini, ramai yang mengabaikan kesihatan diri di dalam kesibukan bekerja mencari duit. Tcm faham, desakan kos sara hidup yang semakin meningkat memaksa kita untuk lebih banyak bekerja agar dapat menampung perbelanjaan keluarga. Akan tetapi, kesihatan diri dan keluarga juga hendaklah sentiasa diambil berat. Penyakit yang akan tcm kongsikan hari ini adalah “Penyakit HFMD”. HFMD adalah sejenis penyakit kaki, tangan dan mulut.

HFMD juga adalah sejenis penyakit daripada jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus. Jangkitan daripada HFMD biasanya menyebabkan timbulnya ruam beserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (tapak kaki) dan sekitar kawasan lampin. Penyakit ini merebak melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti penyakit ini.

 

Mereka Yang Berisiko ?

images

  • Dapat menjangkiti kanak-kanak di mana sahaja tanpa mengira faktor persekitaran
  • Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini
  • Dapat juga menjangkiti tanpa mengira peringkat usia
  • Lebih banyak berlaku pada kanak-kanak yang berumur dua minggu hingga tiga tahun disebabkan oleh daya ketahanan badan yang masih lemah
  • Orang dewasa yang tidak mempunyai sistem imun yang kuat juga berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini

 

Gejala HFMD :

capek_sewa_komputer

  • Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Terdapat ulser pada tekak dan mulut
  • Sakit pada bahagian kepala
  • Demam yang berkemungkinan mencapai suhu hingga 39°C
  • Sakit pada bahagian tekak

 

Antara kesan-kesan daripada jangkitan penyakit HFMD adalah penderita berkemungkinan mengalami dehidrasi akibat tidak makan dan minum disebabkan terdapat ulser pada bahagian mulut. Selain itu, virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung penderita. Kesannya mereka berkemungkinan mengalami radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).

Selain itu, ada sesetengah penderita pula, boleh mengalami sawan akibat daripada demam panas yang dialami mereka. Kesemua kesan-kesan ini sangat membahayakan kerana boleh membawa maut. Walaupun begitu, kebanyakan kes HFMD yang biasanya berlaku adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5-7 hari. Akan tetapi, pakar perubatan masih belum dapat memastikan antara pesakit yang akan sembuh atau boleh mengalami kematian.

 

Langkah Pencegahan :

rTjKdyxac

  • Menjaga kebersihan terutamanya ketika menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas
  • Selalu membasuh tangan setelah menyalin lampin
  • Elakkan daripada berkongsi barang kegunaan peribadi seperti berus gigi, tuala mandi, bekas makanan, pakaian dan lain-lain
  • Elakkan daripada terdedah kepada cecair daripada hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang telah dijangkiti penyakit ini
  • Kerap membasuh tangan dengan bersih
  • Segera dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda atau gejala-gejala HFMD.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>