Gempa Bumi di Sabah

DS-PC3

Pada Jumaat lalu 5/6/15, Malaysia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah. Gempa bumi tersebut berukuran 6.0 skala richter, yang bertempat di Ranau, Sabah. Ianya dikesan berada sedalam 54 km di bawah tanah.  Kesan daripada gegaran gempa bumi tersebut dapat dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan-kawasan pendalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Ranau boleh dikatakan telah terjejas dengan teruk sekali berbanding tempat-tempat lain. Ini kerana, kedudukannya yang berada paling dekat dengan punca gempa. Walaupun begitu, hal ini menjadi sangat sedih dan pilu kepada kita seluruh rakyat Malaysia apabila terdapat 16 nyawa yang terkorban di dalam kemalangan tersebut. Mereka yang terkorban adalah antara yang menyertai pendakian Gunung Kinabalu pada ketika itu.

 

Bagaimana Ia Berlaku

 

Secara umumnya, gempa bumi merupakan satu bentuk gegaran bumi hasil daripada pelepasan tenaga yang sangat cepat. Gelombang seismos bergerak pada semua arah dan bermula daripada satu punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan bumi di atas fokus ini dikenali sebagai pusat gempa bumi. Bagi situasi yang kita hadapi, pusat gempa bumi yang berlaku di Sabah adalah berdekatan dengan Puncak Gunung Kinabalu. Ini bermaksud, fokus gempa bumi terletak di bawah pusat ini. Pada situasi ini, fokus gempa bumi dikenalpasti berada sekitar 10 km di bawah tanah. Oleh kerana puncak Gunung Kinabalu berada berdekatan dengan pusat gempa bumi yang berlaku jumaat lalu, ramai yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu telah terkorban di dalam kejadian tersebut.

 

Tips2 Gempa Bumi

 

be11750dc661f8374f41b21ff6de8d73

Disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku baru-baru nie. TCM merasa, adalah lebih baik sekiranya kita dapat kongsikan bersama-sama berkenaan tips-tips yang dapat menjaga keselamatan dan juga kesihatan diri kita. Dengan mengetahui tips-tips atau langkah-langkah keselamatan menghadapi gempa bumi, pasti kita tidak akan mudah panik serta dapat menyelamatkan diri kita dengan cara yang betul.

 

Sebelum mengalami gempa :

  • Buat persiapan dengan memberitahu semua ahli keluarga akan tempat-tempat yang selamat untuk berlindung sekiranya berlaku gempa bumi.
  • Kenali tempat-tempat yang berbahaya serta harus dielakkan ketika berlakunya gempa bumi.
  • Susun barang-barang dengan cara yang betul agar tidak membahayakan kita. Contohnya, menyimpan barang-barang yang berat di tempat yang rendah serta elakkan menggantung barang-barang yang berat di tempat yang sering digunakan untuk beristirehat.
  • Asingkan cairan yang mudah terbakar dengan sumber bahan api.

Semasa mengalami gempa :

  • Berlindung di bawah meja atau struktur bangunan yang kuat dari terkena barang-barang yang jatuh akibat gempa bumi.
  • Hindari daripada berada berdekatan tingkap, cermin besar, benda-benda berat yang boleh menimpa serta brang-barang yang bergantungan.
  • Sekiranya anda sedang memasak, segera matikan api dan terus mencari tempat yang selamat untuk berlindung.
  • Sekiranya berada di luar bangunan, cari kawasan yang terbuka serta jauh dari bangunan, tiang letrik, pokok besar dll.
  • Hentikan kenderaan anda sekiranya sedang memandu. Akan tetapi, elakkan dari berhenti di flyover, tepi jambatan, underpass, dan lain-lain tempat yang kurang selamat.

Selepas mengalami gempa :

  • Periksa sekiranya anda terluka ataupun cedera. Sekiranya “Ya”, segera dapatkan rawatan bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
  • Periksa rumah sekiranya terdapat sebarang kerosakan, tinggalkan rumah anda sekiranya ada kerosakan dan hanya kembali apabila pihak berkuasa sudah tentukan ianya selamat untuk diduduki.
  • Pastikan tiada sebarang kebocoran gas yang berlaku sebelum menyalakan api ataupun menghidupkan alat elektronik.
  • Matikan suis utama sebelum menguruskan kabel-kabel yang terkoyak atau jatuh.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161633KyCVYvFp

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>