PEDIH ULU HATI (KETIDAKHADAMAN)

Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati adalah rasa sakit di bahagian perut dan kadang kadang hingga boleh kebahagian kerongkong. Makanan yang ditelan akan melalui saluran esfagus dan terus ke perut anda. Diantara esophagus dengan perut terdapat satu penutup yang berotot  yang dikenali Lower Esophageal Sphincter atau LES.  Jika berlaku pedih ulu hati, penutup tersebut tidak tertutp dengan sempurna, maka semua bahan termasuk asid didalam perut boleh mengalir ke esophagus semula yang mengakibatkan pedih ulu hati.

Didapati sekurang kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih  ulu hati. Pedih ulu hati akan menyebabkan rasa tidak selesa, sakit atau pun kejang dibahagian perut, sendawa sangat kerap, rasa loya dan tiada selera makan dan perut akan sentiasa rasa kembung.

Perubahan gaya hidup sihat mampu melegakan symptom symptom berkaitan pedih ulu hati  termasuklah:-

1-      Kurangkan makan makanan yang berlemak, pedas, cokelat.

2-      Jangan makan sebelum tido. Amalkan makan diwaktu 6pm – 9pm.

3-      Makan dengan perlahan. Jangan gelojoh. Tercekik juga nanti

4-      Makan dalam kuatiti yang sederhana.

5-      Hentikan pengambilan alkohol dan kafein

6-      Jangan terus baring selepas makan.

7-      Tinggikan sedikit kepala ketika baring

8-      BMI tidak seimbang

9-      Katakana TIDAK pada ROKOK

10-   Elakan pakai pakaian yang ketat dibahagian pinggang.

 

RAWATAN

Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit pedih ulu hati.

1-      Neutralkan asid dengan alkali

a)      Ambil sesudu kecil soda berkabonat campurkan dalam segelas air dan minum

 

2-      Sendawa

a)      Sendawalah banyak banyak. Boleh mengurangkan rasa sakit. Tapi awas jangan sampai muntah

 

3-      Limau dan kapur

a)      Belah sebiji limau nipis dan sapukan kapur sirih pada belahan tersebut. Sapukan pada ulu hati(tempat yang sakit)

 

4-      Minyak cap kapak/angin hijau cap petani

a)      Calitkan setitik minyak diatas jari telunjuk dan letakan atas lidah dan telan. Ini petua turun temurun. Tak percaya cuba lah amalkan.

 

NOTA PENTING

Berjumpa lah dengan doktor anda sekiranya symptom ini berterusan seminggu.

 

mainpix1

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>