Tips Kesihatan : Hilangkan Lemak Perut

oie_e698DknUGGO8

Lemak? TCM pasti ramai yang tidak suka mendengar perkataaan ini kan? Walaupun begitu, tubuh kita tetap memerlukan lemak. Akan tetapi, apabila lemak yang terdapat di dalam tubuh kita berlebihan dari yang diperlukan, hal inilah yang akan mendatangkan masalah. Mereka yang mempunyai masalah lemak yang berlebihan akan berpotensi untuk diserang penyakit seperti obesiti, masalah jantung dll. Jadi, nasihat daripada TCM, bagi mereka yang mengalami masalah ini, segeralah ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda ke arah yang lebih sihat. Pada sesetengah orang, apabila ditanya berkenaan bagaimana ingin membuang lemak di perut, mereka pasti akan merasa ianya sesuatu yang amat sukar sekali. Ianya tidaklah sesukar yang disangkakan. Sekiranya anda mengetahui teknik yang betul bagi menghilangkan lemak di perut, anda pasti akan teruja sekali.

 

Antara Tips2 Yang Boleh Diamalkan

oie_F3K6VGCWkzip

1. Vitamin C – Meningkatkan pengambilan vitamin C kepada tubuh badan. Selain berguna untuk meningkatkan ketahanan tubuh badan kita, vitamin C juga sangatlah penting di dalam penghasilan carnitine. Ia merupakan suatu sebatian yang mengubah lemak menjadi bahan bakar atau tenaga tubuh kita.

2. Tukar 3 hidangan besar kepada 5 atau 6 hidangan kecil – Apabila kita membiarkan tubuh kita lapar selama berjam-jam, kadar gula akan turun sehingga mendorong kita untuk makan lebih banyak. Dengan mengubah 3 hidangan besar makanan kita kepada 5 atau 6 hidangan kecil dengan teratur, kita telah dapat mengelakkan diri kita daripada makan secara berlebihan. Selain itu, kita juga dapat meningkatkkan metabolisme tubuh.

3. Tidur yang cukup – Elakkan daripada berjaga sehingga lewat malam dan seterusnya membuatkan badan kita menjadi lesu dan kurang tidur. Fakta menunjukkan, individu yang tidur kurang daripada 6 jam pada setiap malam, mempunyai potensi yang tinggi untuk mempunyai berat badan berlebihan.

4. Melakukan latihan kardio – Latihan ini bagi bertujuan membakar kalori di dalam badan kita. Antara latihan kardio ialah jogging, berjalan cepat, berenang, menari, berbasikal dan banyak lagi. Latihan kardiovaskular memberikan oksigen kepada tubuh badan, dan dengan demikian ia dapat membantu dalam pembakaran lemak.

5. Banyakkan minum air kosong – Selain daripada dapat melancarkan proses pencernaan, ia juga dapat membantu membakar lemak di dalam perut anda. Kajian menunjukkan, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 gelas dapat meningkatkan metabolisme tubuh badan sebanyak sekitar 30%.

6. Senaman angkat berat  – Melakukan senaman dengan mengangkat berat, dapat membuatkan otot perut untuk bekerja dengan lebih keras.

7. Tahu jenis makanan yang perlu diambil – Makanan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat, gula, lemak adalah yang terbaik untuk menghilangkan lemak perut. Telur, ikan, daging tanpa lemak, karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran serta pelbagai buah-buahan yang tidak manis juga baik untuk mneghilangkan lemak perut.

 

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>