Tips Kesihatan : 8 Tips Sihat Di Musim Hujan

oie_N1FQ3lWrXjiI

Tcm rasa semua sedar kan yang sejak kebelakangan ni kerap hujan. Malah ada di sesetengah tempat hujan turun tanpa henti hingga menyebabkan berlakunya banjir. Disebabkan itu, tcm nak kongsikan dengan anda semua hari ini bagaimana cara atau tips yang dapat kita amalkan di dalam menjaga kesihatan kita terutamanya di musim hujan.

Dengan menjaga kesihatan kita, kita dapat mencegah diri kita dari terdedah kepada sebarang penyakit yang dapat membahayakan diri kita. Mencegah kan lebih baik dari mengubati kan semua. :)

 

8 Tips Sihat Di Musim Hujan

1. Mandi Air Suam

Elakkan dari mandi air sejuk. Sekiranya rumah anda tidak dilengkapi dengan heater, anda boleh masak air panas terlebih dahulu sebelum mandi. Walaupun agak menyusahkan, tcm rasa ia lebih baik dari kita terpaksa berulang alik ke klinik bagi mendapatkan rawatan apabila sakit.

 

2. Mengawal Pola Pemakanan

Jaga pola pemakanan anda dengan makan teratur dan tepat pada waktunya. Elakkan daripada makan di tempat jualan makanan yang tidak bersih. Pastikan juga anda mendapatkan zat seperti vitamin dan mineral dari pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

3. Elakkan Pembiakan Nyamuk

Gunakan racun penyembur nyamuk, tidur dengan memasang kelambu dan tutuplah bekas yang tidak digunakan bagi mengelakkan bekas tersebut menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

 

4. Pilih Pakaian Lebih Tebal

Tutup tubuh badan anda dengan pakaian yang lebih tebal seperti jaket, cardigan atau baju berlengan panjang walau pun ketika anda berada di rumah. Ini dapat mengelakkan anda dari kesejukan dan seterusnya mencegah anda dari penyakit seperti demam.

 

5. Pakai Pakaian Yang Kering

Selain pakaian yang tebal, anda juga perlu memastikan pakaian yang dipakai anda kering sepenuhnya. Ini kerana, pakaian yang lembap bermaksud ia masih menyimpan air dan dapat menjadi sarang bagi kuman penyakit.

 

6. Minum Air Yang Cukup

Ketika musim hujan, kita mungkin tidak dahaga seperti di musim panas. Walaupun begitu, tubuh badan kita tetap memerlukan cecair yang mencukupi bagi menjalankan fungsinya dengan baik. Dengan minum air yang mencukupi kita secara tak langsung mencegah masalah seperti dehidrasi dan membersihkan kuman melalui sistem saluran kencing.

 

7. Rumah Bersih Dan Bebas Kuman

Elakkan dari bersentuhan dengan dinding yang basah kerana ia merupakan tempat pembiakan kulat. Sentiasa basmi kuman di rumah anda terutamanya di kawasan yang lembap seperti bilik mandi.

 

8. Segera Mandi Selepas Terkena Hujan

Penyakit dapat muncul apabila suhu tubuh badan kita bertukar secara drastik. Mandi dengan segera setelah terkena air hujan dapat membersihkan tubuh badan anda daripada kuman dan kotoran. Selepas itu, suhu badan juga akan kembali pada suhu normal.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://zahirahhafizan.com/2016/11/10-tips-tingkatkan-imun-sistem-di-musim-hujan.html

https://www.wanista.com/2013/24635/tips-sihat-pentingnya-jaga-kesihatan-ketika-musim-hujan-8-tips-penting/

http://www.dettol.com.my/my/illness-prevention/about-germs-illness-prevention/hygiene-in-monsoonrainy-season/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>