Kenali Astrositoma

oie_FMQhcqgNDuRe

Apa khabar semua? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis kanser otak. Kanser tersebut dikenali sebagai astrositoma. Astrositoma merupakan neoplasma yang berasal daripada sel-sel astrosit dan merupakan sejenis kanser otak yang paling banyak ditemui pada individu yang berumur di antara 20 hingga 40 tahun.

Walaupun kanser ini mengambil masa yang lambat untuk berkembang, namun kesannya sangat berbahaya. Jadi, disebabkan itu, sangat penting sekali untuk anda semua tahu apa itu astrositoma.

 

Gejala-Gejala Astrositoma

  • Merasa sakit kepala
  • Berpotensi tinggi mengalami mual dan muntah-muntah
  • Mengalami kekejangan
  • Otot lengan dan kaki pada sebahagian tubuh menjadi lemah
  • Mengalami masalah penglihatan
  • Tahap ingatan menurun

 

Empat Jenis Astrositoma

Astrositoma dapat dikategorikan kepada beberapa jenis bergantung kepada kecepatan perkembangannya. Antaranya :

Astrositoma Kelas I : Bersifat non invasif dan juga dikenali sebagai astrositoma pilositik atau juvenile pilocytic astrositoma. Jenis ini kebiasaannya akan berkembang pada otak kecil, saluran saraf optik, batang otak atau otak besar.

Astrositoma Kelas II : Bersifat invasif tetapi dengan perkembagan yang lambat. Berkemungkinan untuk tersebar kepada bahagian otak lain.

Astrositoma Kelas III : Bersifat invasif dengan perkembangan yang lebih cepat berbanding Astrositoma Kelas II. Selain itu, ia juga dikenali sebagai astrositoma anaplastik.

Astrositoma Kelas IV : Merupakan astrositoma yang paling agresif dan juga dikenali sebagai glioblastoma (GBM). Jenis yang terakhir ini lebih sering dialami oleh lelaki berusia 50-60 tahun.

 

Faktor Penyebab Astrositoma

Penyebab kepada astrositoma masih lagi belum dapat dikenalpasti. Walaupun begitu, pakar perubatan membuat kesimpulan bahawa terdapat beberapa faktor yang berpotensi tinggi di dalam mendorong kepada kanser otak. Antaranya adalah seperti :

  • Genetik (keturunan)
  • Racun daripada kawasan persekitaran
  • Kesan Rasiasi
  • Penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf

 

Langkah Menanggani Astrositoma

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti yang dinyatakan di atas. Segeralah untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Setelah itu, anda juga disarankan untuk mengikut saranan yang diberikan oleh doktor seperti pengambilan ubat dan lain-lain. Selain itu, anda juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Hal ini adalah bertujuan bagi memantau keadaan kesihatan anda serta secara tak langsung dapat memantau keadaan perkembangan penyakit anda.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https:///www.scribd.com/doc/69921143/ASTROSITOMA

https://hellosehat.com/penyakit/astrositoma/

https://www.docdoc.com/id/info/condition/astrocytomas

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>