Penyakit Anhidrosis

oie_WR0QK0JzxI0B

Hai semua, tajuk artikel pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Anhidrosis”. Penyakit anhidrosis adalah suatu keadaan di mana tubuh badan seseorang itu tidak dapat untuk mengeluarkan peluh dengan normal. Pesakit anhidrosis tidak mampu untuk mengeluarkan peluh meskipun mereka berada pada kawasan yang panas.

Ramai individu yang tidak menyedari mereka mengalami penyakit ini. Kebiasaannya, pesakit hanya akan menyedari keadaan mereka setelah beberapa kali mereka melakukan aktiviti fizikal yang berat namun tubuh badan mereka sedikit pun tidak mengeluarkan peluh.

 

Info Selanjutnya Anhidrosis

Mungkin ada yang tertanya-tanya, tak keluar peluh? Bahaya ke? Walaupun peluh kadangkala membuat kita kurang selesa, kita juga hendaklah tahu bahawa peluh sebenarnya membantu mengawal suhu badan kita. Adalah normal untuk seseorang itu berpeluh apabila melakukan suatu aktiviti fizikal yang berat. Apabila seseorang itu tidak lagi berpeluh secara normal, ianya berpotensi mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan mereka.

 

Gejala-Gejala Anhidrosis

  • Berpeluh pada kuantiti yang sedikit atau hampir tiada peluh
  • Berpotensi mengalami halusinasi
  • Degupan jantung yang berdegup kencang
  • Merasa panas di dalam tubuh badan
  • Mengalami kram pada otot serta merasa lemah tubuh badan

 

Penyebab Anhidrosis

Terdapat pelbagai faktor yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami anhidrosis. Antaranya seperti :

Kesan sampingan ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang digunakan untuk mengubati penyakit jantung serta tekanan darah dapat menyebabkan seseorang itu mengeluarkan peluh yang sedikit. Sekiranya anda mula mengalami anhidrosis setelah mengambil ubat-ubatan tertentu, segeralah dapatkan nasihat daripada doktor.

Genetik

Terdapat beberapa jenis kelainan genetik yang mampu membuatkan seseorang itu mengalami anhidrosis. Kelainan genetik tersebut akan membuatkan kelenjar peluh mereka tidak berfungsi seperti normal.

Kerosakan pada saraf

Kecederaan yang berlaku pada bahagian saraf yang berfungsi untuk mengawal suhu tubuh mampu mempengaruhi fungsi kelenjar peluh.

 

Komplikasi Anhidrosis

  • Mengalami kelelahan
  • Strok haba
  • Kram pada bahagian otot

 

Langkah-Langkah Pencegahan

Anhidrosis dapat dicegah dengan cara mengetahui sebab utama mengapa seseorang itu menghidapi anhidrosis. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mengalami anhidrosis setelah mengabil beberapa jenis ubat-ubatan, segeralah berhenti dari mengambil ubat-ubatan tersebut. Walaupun begitu, penyakit yang didorong oleh suhu yang terlalu panas dapat dicegah dengan cara :

  • Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti di bawah cuaca yang panas
  • Elakkan dehidrasi dengan mencegah dari minum minuman berkafein atau beralkohol
  • Memakai pakaian yang longgar dan ringan sewaktu musim panas
  • Elakkan memakai pakaian yang tebal dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik
  • Kurangkkan aktiviti di luar rumah ketika musim panas
  • Minum banyak air kosong

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://silampuneon.blogspot.my/2011/09/kebaikan-berpeluh.html

http://www.sehatfresh.com/anhidrosis/

https://duniafitnes.com/health/kenali-anhidrosis-aktivitas-tanpa-keringat.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>