Penyakit Barotrauma

oie_mWoGATZ5hdUi

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai barotrauma. Barotrauma adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami kerosakan saraf akibat daripada perbezaan tekanan di dalam tubuh dengan udara di persekitarannya. Antara barotrauma yang paling sering sekali terjadi ialah barotrauma telinga.

Barotrauma terjadi disebabkan oleh perubahan tekanan udara. Antara keadaan yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami perubahan tekanan udara adalah seperti ketika mereka menaiki kapal terbang atau menyelam (diving).

 

Gejala-Gejala Barotrauma

Gejala umum yang sering dirasakan adalah seperti pening, telinga merasa tidak selesa serta mengalami kesukaran untuk mendengar. Sekiranya tidak segera diatasi, gejala barotrauma dapat menjadi semakin serius. Antaranya seperti :

  • Merasa sakit telinga
  • Gegendang telinga mengalami kecederaan
  • Hidung berdarah
  • Telinga berdengung (tinnitus)
  • Pendarahan pada telinga

 

Penyebab Barotrauma

Secara umumnya, barotrauma terjadi disebabkan oleh perubahan ketinggian. Antara aktiviti yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami perubahan ketinggian adalah seperti menaiki kapal terbang, mendaki bukit, memandu ke atas gunung, menyelam dan lain-lain. Apabila mengalami perubahan ketinggian, tekanan udara di luar telinga akan lebih tinggi dan seterusnya menekan gegendang telinga.

Barotrauma terjadi apabila keadaan ini terjadi. Selain itu, barotrauma juga dapat disebabkan oleh berlakunya penyumbatan di dalam tiub eustachian. Hal ini dapat terjadi sama ada berlakunya penyumbatan pada sebahagian atau sepenuhnya di tiub eustachian. Apabila udara tidak sampai ke telinga tengah disebabkan penyumbatan ini seterusnya berlakulah perbezaan tekanan udara.

 

 Golongan Berisiko Mengalami Barotrauma

  • Mereka yang menyelam dan menaiki pesawat dalam perbezaan waktu kurang daripada 24 jam
  • Mereka yang bekerja di atas kapal terbang seperti pilot, pramugari dan pramugara
  • Mereka yang menyelam sebanyak beberapa kali dalam masa sehari

 

Tips Pencegahan Barotrauma

  1. Kunyah gula-gula getah atau gula-gula. (Disarankan untuk pilih gula-gula keras seperti Hacks).
  2. Menguap atau cuba telan air liur sekerap mungkin
  3. Menggunakan earplug bagi mengurangkan perubahan tekanan udara
  4. Elakkan daripada tidur ketika kapal terbang mendarat
  5. Untuk kanak-kanak kecil yang menaiki kapal terbang, ibu bapa boleh memberikan pacifier (puting mulut) atau susu kepada bayi untuk dihisap. Ia bertujuan membuka tiub eustachian.
  6. Duduk tegak ketika kapal terbang mendarat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://utaranews.com/2017/06/telinga-sakit-ketika-menaiki-kapal-terbang-anda-mungkin-alami-barotrauma.html/

http://www.klikdokter.com/penyakit/barotrauma

http://www.alodokter.com/barotrauma

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>