Kecederaan Mallet Finger

oie_bOr87uJcc816

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai suatu keadaan kecederaan yang dikenali sebagai mallet finger. Mallet finger merupakan kecederaan pada tendon nipis yang berfungsi bagi meluruskan hujung sendi jari tangan. Keadaan ini dapat terjadi apabila sesuatu benda keras membengkok jari ke bahagian atas hingga sendi membengkok.

Kesan dari keadaan itu, individu tersebut akan mengalami kesukaran di dalam meluruskan jari mereka. Keadaan ini dapat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Walaupun begitu, kecederaan ini lebih sering dialami oleh atlet bola keranjang.

 

Gejala-Gejala Mallet Finger

  • Merasa sakit pada salah satu jari tangan
  • Jari yang mengalami kecederaan kelihatan kemerahan dan bengkak
  • Hujung jari membengkok ke bawah dan tidak dapat untuk meluruskannya
  • Terdapat kesan darah di bahagian bawah kuku (segera berjumpa doktor)

 

Tendon Yang Terlibat

Pada bahagian tangan kita, terdapat tendon panjang yang melekat pada otot tangan kita. Tendon inilah seterusnya yang menggerakkan tangan ketika otot tangan bekerja. Seperti tcm terangkan pada perenggan pertama di atas, mallet finger merupakan suatu keadaan yang disebabkan oleh kecederaan yang terjadi pada bahagian tendon.

Ada yang tahu nama bagi tendon tersebut? Tendon panjang yang berada di bahagian belakang tangan dikenali sebagai extensor digitorum comunis.

 

Penyebab Mallet Finger

Mallet finger terjadi apabila terdapat satu objek keras yang membengkokkan hujung jari tangan hingga membuatkan tendon terkoyak. Apabila tendon tersebut telah terkoyak dan mengalami kecederaan, kemampuan untuk meluruskan jari tangan akan menjadi terganggu.

 

Rawatan Mallet Finger

Kecederaan mallet finger perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor secepat mungkin. Ini bagi memastikan jari anda dapat dirawat dan berfungsi seperti sedia kala. Sebahagian besar pesakit dapat disembuhkan tanpa sebarang proses pembedahan. Oleh itu, jangan risau ye. Sekiranya kanak-kanak yang mengalami masalah ini, hendaklah berjumpa dengan doktor segera.

Ini kerana, kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini dapat mempengaruhi tulang rawan yang mengendalikan pertumbuhan tulang mereka. Doktor juga perlu lebih berhati-hati di dalam memberikan rawatan supaya jari kanak-kanak tersebut tidak menjadi cacat atau terganggu proses pertumbuhannya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=apa+itu+mallet+finger

https://hellosehat.com/penyakit/mallet-finger/

http://seripayku.blogspot.com/2015/04/mallet-finger.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>