Tips Kesihatan : 5 Tips Atasi Sembelit

oie_P8sPifh52p3o

Artikel yang tcm nak kongsikan hari ini adalah berkenaan masalah yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Masalah tersebut dikenali sebagai masalah sembelit. Masalah sembelit ataupun masalah sukar buang air besar merupakan sejenis masalah yang terjadi apabila sistem pencernaan seseorang itu tidak berfungsi dengan baik.

Tidak terdapat sebarang jumlah tetap mengenai berapa kali seseorang itu harus membuang air besar dalam seminggu. Ini kerana, kekerapan membuang air besar adalah berbeza-beza pada setiap orang.

 

Tanda umum yang menunjukkan seseorang itu mengalami sembelit adalah apabila mereka tidak dapat membuang air besar melebihi daripada tiga hari. Air besar yang tidak dibuang melebihi daripada tiga hari sudah boleh dikatakan terlalu lama. Ini kerana, setelah melebihi tiga hari, struktur najis akan menjadi lebih keras dan seterusnya menjadi lebih sukar untuk dikeluarkan.

 

Dua Gangguan Penyebab Sembelit

Sukar untuk membuang air besar biasanya sering dikaitkan dengan gangguan yang terjadi pada fungsi usus sehingga ia tidak dapat menjalankan fungsinya dengan normal. Dua perkara yang dapat mempengaruhi terjadinya masalah sembelit adalah usus dan juga najis itu sendiri.

Sebagai contoh, sekiranya struktur najis tersebut menjadi terlalu keras, usus akan mengalami masalah untuk mengeluarkannya. Contoh lainnya, meskipun struktur najis tersebut tidaklah keras, seseorang itu akan tetap mengalami masalah buang air besar apabila otot usus itu sendiri menjadi lemah.

 

Faktor Pendorong Sembelit

  • Kurang pengambilan makanan yang mengandungi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Terlalu banyak makan atau minum produk tenusu
  • Perubahan pola makan yang menjadi lebih jarang, contohnya seperti melakukan perjalanan jauh
  • Sering mengalami tekanan ataupun stress
  • Mengalami gangguan saraf seperti penyakit parkinson atau multiple sclerosis
  • Kurang minum air kosong
  • Kurang bersenam atau bergerak
  • Tabiat suka menahan diri daripada buang air besar

 

5 Tips Atasi Sembelit

1. Banyakkan makan makanan berserat tinggi

Antara contoh makanan berserat tinggi adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bijirin. Makan makanan berserat tinggi sekurang-kurangnya 18-30 gram sehari.

2. Buang air besar dengan cara yang betul

Sekiranya anda menggunakan tandas duduk, letakkan kaki anda di atas bangku yang rendah supaya kedudukan lutut berada di atas pinggang. Ini bagi membuatkan najis lebih mudah untuk keluar.

3. Minum banyak air kosong

Pastikan anda minum banyak air kosong sekurang-kurangnya sebanyak lapan gelas sehari. Ini bagi mengelakkan anda daripada mengalami dehidrasi.

4. Banyakkan bersenam

Gaya hidup yang sihat sememangnya membantu di dalam mengelakkan kita daripada mengalami sebarang masalah kesihatan. Senaman seperti berjalan kaki ataupun jogging sudah cukup untuk diamalkan, asalkan ia diamalkan secara rutin.

5. Elakkan tabiat buruk yang mendorong sembelit

Salah satu tabiat yang tidak elok untuk kita amalkan serta mampu mendorong masalah sembelit ialah sering menunda daripada membuang air besar.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=Tips+Mengatasi+Masalah+sembelit

http://mediskus.com/penyakit/penyebab-susah-buang-air-besar

http://www.alodokter.com/Setidaknya-Ada-6-Penyebab-Susah-Buang-Air-Besar

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>