Penyakit Porfiria

oie_qw6fqk9lhlm7

Salam selasa semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai porfiria. Porfiria sebenarnya merupakan suatu gangguan yang berhubungkait dengan metabolisme tubuh badan kita. Gangguan metabolisme merupakan suatu istilah yang akan digunakan apabila seseorang itu mempunyai masalah dengan salah satu proses kimia di dalam tubuh badan mereka.

Porfiria secara umumnya merupakan suatu gangguan penghasilan heme di dalam tubuh badan. Apa tu heme? Jom kita baca selanjutnya.

 

Heme merupakan sebahagian penting dari hemoglobin iaitu protein pembawa oksigen dan pengikat zat besi di dalam darah. Bagi proses normal, pembentukan heme memerlukan kitaran proses kimia tertentu yang lengkap. Sekiranya salah satu enzim yang diperlukan proses kimia tersebut tidak lengkap, maka proses kitaran kimia tersebut akan terganggu.

 

Dua Jenis Porfiria

Porfiria dapat dikategorikan kepada dua jenis. Dua jenis porfiria tersebut adalah :

  1. Porfiria Akut
  2. Porfiria Kulit

 

Gejala Penyakit Porfiria

Porfiria Akut : Porfiria jenis ini umumnya akan menyerang sistem saraf dan berpotensi untuk mengancam nyawa penderitanya. Gejala bagi porfiria akut dapat berlansung selama 7-14 hari. Antaranya seperti :

  • Tekanan darah meningkat
  • Sering mual dan muntah-muntah
  • Insomnia
  • Sering tertekan
  • Air kencing berwarna coklat atau kemerahan
  • Sakit perut pada tahap yang serius
  • Sembelit atau diarrhea

 

Porfiria Kulit : Porfiria jenis yang kedua ini pula kebiasaannya disebabkan ileh sensitiviti yang berlebihan terhadap sinar matahari dan jarang sekali menyerang sistem saraf. Antara gejala-gejalanya :

  • Kulit merasa pedih walaupun terdedah kepada cahaya buatan
  • Kulit berwarna lebih gelap dan berambut pada kawasan tertentu
  • Kulit menjadi merah dan melepuh
  • Kulit menjadi mudah rosak dan mengambil masa lama untuk sembuh
  • Merasa gatal-gatal

 

Faktor Penyebab Penyakit Porfiria

Faktor utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami porfiria masih sedang dikenalpasti. Akan tetapi, menurut kajian yang dijalankan, kebanyakan kes porfiria adalah disebabkan oleh penyakit genetik. Ini bermaksud, porfiria dapat diwarisi melalui gen yang tertentu. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mampu mendorong porfiria.

Antaranya ialah seperti kesan sampingan ubat-ubatan, pengambilan alkohol dan sebagainya. Namun, antara penyebab yang paling sering ditemui ialah melalui warisan daripada ibu bapa (genetik) yang dikenali sebagai autosomal dominan.

 

Faktor Pendorong Penyakit Porfiria

Berikut dikongsikan beberapa faktor pendorong bagi penyakit porfiria. Antaranya seperti :

  • Tabiat suka merokok
  • Minum minuman yang beralkohol
  • Menghidapi penyakit seperti penyakit hati atau HIV
  • Penggunaan ubat-ubatan terlarang
  • Sinaran matahari

 

Tips Pencegahan Penyakit Porfiria

  • Elakkan daripada minum minuman yang beralkohol
  • Elakkan daripada sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
  • Ikuti nasihat doktor bagi menjalani gaya hidup sihat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+porfiria

http://www.referensisehat.com/2015/05/gejala-penyebab-mengatasi-mengobatipenyakit-gangguan-porfiria.pdf.html

http://www.alodokter.com/porfiria

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>