Tips Kesihatan : Pemakanan Kanak-Kanak Autism

oie_rNSwfo1z3c9N

Kanak-kanak autism memerlukan perhatian yang berlebihan dari ibu bapa. Ini kerana keadaan mereka tidaklah sama seperti kanak-kanak biasa. Salah satu cara adalah dengan menjaga pemakanan mereka. Pemakanan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak autism untuk membesar dengan lebih baik. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan penyediaan makanan yang berkhasiat dan mengandungi organik.

 

Makanan Yang Perlu Diambil

Antara contoh-contoh makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak autism ialah :

  • Sayur-sayuran seperti bayam. brokoli, kangkung dan lain-lain makanan yang kaya dengan vitamin serta mineral.
  • Buah-buahan segar seperti anggur, betik, mangga, pisang dan sebagainya.
  • Yogurt serta susu kultur boleh diberi supaya bakteria baik yang ada di dalamnya dapat membantu fungsi perut. Akan tetapi, pastikan anda tidak menambah sebarang gula.
  • Ketika memasak, gunakanlah minyak zaitun dan bunga matahari yang kaya dengan omega 3 dan 6 di dalam masakan, kerana ia sangat baik sekali buat perkembangan otak.
  • Makanan yang mempunyai sumber karbohidrat seperti beras, tepung, ubi dan jagung.

 

Makanan Yang Perlu Dielakkan

Berikut merupakan contoh-contoh makanan yang perlu dielakkan daripada kanak-kanak autism :

  • Makanan yang banyak mengandungi bahan pengawet, makanan yang berwarna-warni serta makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi.
  • Makanan yang mengandungi gluten dan kasein.
  • Makanan yang banyak mengandungi lemak dan minyak.
  • Daging atau ayam yang diawet seperti sosej dan sardin.
  • Buah atau sayur yang diawet di dalam tin.
  • Makanan segera seperti maggi dan sebagainya.
  • Makanan yang mengandungi bahan tambahan seperti pewarna, pengawet dan perasa tambahan.
  • Makanan yang dapat menyebabkan alergi seperti telur, udang, susu atau coklat.

 

Kanak-kanak autism juga berpotensi mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau lebih dikenali sebagai obesiti. Dengan menjaga pemakanan mereka dengan betul, masalah ini dapat kita elakkan. Selain melalui pemilihan makanan, cara makan kanak-kanak tersebut juga dapat membantu mencegah dari masalah ini. Antaranya adalah seperti kunyah dengan perlahan ketika makan.

Dengan cara ini, makanan yang dimakan akan lebih mudah dihadam. Selain itu, ia juga akan membuatkan kita lebih cepat kenyang serta tidak makan secara berlebihan.

 

4 Bahagian Untuk 1 Hidangan

Bahagikan satu hidangan makanan anda kepada empat bahagian :

  1. 1/4 karbihidrat
  2. 1/4 protein
  3. 1/4 sayur-sayuran yang pelbagai warna
  4. 1/4 buah-buahan

 

Tadi di atas, tcm ada kongsikan makanan yang mengandungi gluten dan kasein perlu dielakkan daripada kanak-kanak autism. Bagi yang tak tahu, gluten ialah protein yang terkandung di dalam gandum. Contoh makanan seperti roti, tepung gandum, barli, kek, malta, sos dan sebagainya. Manakala, kasein pula adalah protein yang terkandung di dalam susu dan produk tenusu.

Antara contoh makanan yang mengandungi kasein ialah seperti susu, keju, yogurt, coklat, mentega, sour cream dan sebagainya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=pemakanan+kanak+kanak+autism

http://www.multisensory.com.my/diet-yang-sesuai-bagi-kanak-kanak-autisme/

http://titiandiet.blogspot.my/2014/02/td33-diet-khas-buat-autisme.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>