Penyakit Floater

oie_dWHM6ueBTYBa

Hai semua, selamat bekerja. Artikel yang tcm nak kongsikan bersama anda semua hari ini adalah mengenai penyakit floater. Antara nama lain bagi penyakit ini adalah seperti eye floaters atau floaters. Floater merupakan suatu keadaan di mana terdapat bintik-bintik yang akan muncul pada penglihatan mata pesakit. Bintik-bintik yang kelihatan melayang-layang di dalam penglihatan pesakit mempunyai saiz yang tidak tentu.

Sesetengah pesakit mungkin hanya dapat melihat saiz yang kecil, manakala ada pula pesakit lain yang dapat melihat bintik-bintik yang mempunyai bentuk yang lebih besar.

 

Gejala-Gejala Floater

Secara umumnya, floater tidak mendatangkan rasa sakit pada pesakit. Akan tetapi, penyakit ini mampu mengganggu penglihatan mata pesakit. Antara gejala-gejalanya seperti :-

Kurang berbahaya

  • Bintik-bintik kecil
  • Garis kecil

Berbahaya

  • Bintik-bintik atau garis yang berubah ukuran
  • Muncul kilauan cahaya
  • Hilang penglihatan tepi
  • Penglihatan kabur
  • Rasa sakit pada bahagian mata

 

Bagaimana Floater Berlaku

Pada keadaan normal, cahaya akan masuk melalui lensa dan kornea mata. Seterusnya cahaya akan menuju ke retina yang terletak di bahagian belakang mata. Antara bahagian depan dan belakang mata, terdapat satu cairan yang kenyal yang berfungsi sebagai mempertahankan bentuk bola mata. Cairan ini dikenali dengan nama vitreus.

Apabila seseorang itu mula meningkat usia, kekenyalan vitreus akan berkurangan dan seterusnya menyebabkan sisa-sisa kotoran mula muncul. Sisa kotoran itulah yang dikenali sebagai floater.

 

Penyebab Floater

Terdapat beberapa sebab lain yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami floater. Antaranya adalah seperti :-

  •  Usia : Seiring dengan meningkatnya usia kita. Cecair vitreus yang pada awalnya elastik bagi menjaga bebola mata juga akhirnya akan mencair dan hilang sifat elastiknya. Kesan dari keadaan ini, cecair vitreus akan mengecut dan beberapa bahagian di dalam bebola mata akan turut tertarik. Ketika vitreus mengecut dan tertarik, ketika inilah kotoran dapat masuk dan menghalangi penglihatan.
  • Pendarahan : Terdapat beberapa perkara yang dapat menyebabkan pendarahan pada vitreus. Antaranya seperti kecederaan secara langsung pada bahagian mata, mengalami gangguan pada pembuluh darah di dalam mata seperti keadaan yang dikenali sebagai retinopati diabetik.
  • Keradangan Bahagian Belakang Mata : Keadaan ini dikenali dengan nama uveitis posterior. Suatu keadaan di mana lapisan uvea (lapisan bebola mata bahagian belakang) mengalami keradangan disebabkan jangkitan.
  • Retina Terkoyak : Dapat terjadi apabila vitreus mengecut hingga mampu menarik lapisan retina. Jika tidak segera diubati, keadaan ini dapat bertambah teruk dan berisiko mengalami kebutaan.

 

Faktor Pendorong Floater

  • Berusia 50 tahun ke atas
  • Rabun jauh
  • Kecederaan mata
  • Kesan sampingan pembedahan katarak
  • Retinopati diabetes
  • Keradangan pada mata

 

Langkah Pencegahan Floater

Floater secara umumnya tidak dapat dicegah. Walaupun begitu, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan mata di klinik mata sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ini bagi mengetahui keadaan semasa tahap kesihatan mata anda. Selain itu, pemeriksaan mata juga dapat mengenalpasti adakah floater merupakan gejala dari suatu keadaan lain yang lebih serius hingga dapat merosakkan penglihatan mata.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+floaters

http://www.ahlinyapenyakitmata.web.id/gejala-dan-penyebab-floater-pada-mata/

http://www.alodokter.com/floaters

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>