Penyakit Hepatitis

Hepatitis Blue Marker

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit radang hari yang dikenali sebagai “Hepatitis”. Disebabkan penyakit ini melibatkan salah satu daripada organ terpenting di dalam tubuh badan kita, tcm rasa wajarlah sekiranya kita semua melengkapkan diri masing-masing akan segala maklumat berkenaan penyakit ini agar dapat mencegahnya dari terjadi.

Punca Hepatitis?

Hepatitis merupakan sejenis penyakit radang hati yang berpunca daripada jangkitan virus selain daripada penyakit auto imun. Selain itu, ia juga sering dikaitkan dengan pengambilan alkohol yang berlebihan.

 

Jenis-Jenis Hepatitis

Hepatitis A dan E berpunca daripada pengambilan makanan atau minuman yang telah dicemari. Manakala bagi Hepatitis B, C dan D pula, ianya berpunca daripada jangkitan cecair tubuh badan seseorang itu. Contohnya seperti melalui pemindahan darah ataupun prosedur perubatan lain yang menggunakan peralatan yang dicemari.

 

Gejala-Gejala Hepatitis

oie_Gjp5f5dRt3Wf

  • Hilang selera makan
  • Berat badan menurun
  • Mengalami keletihan yang teruk
  • Merasa loya dan muntah
  • Air kencing bertukar kepada warna gelap
  • Mengalami sakit perut
  • Jaundis
  • Demam pada suhu yang tinggi
  • Diarrhea

 

Fungsi-Fungsi Hati

Bagi anda yang masih belum sedar betapa bahayanya penyakit ini, jom kita tengok apa sebenarnya fungsi ataupun peranan bagi organ hati kita. Antaranya ialah :

  1. Fungsi utamanya adalah sebagai penapis kepada darah kita dengan membersih dan membuang segala toksin daripada bahan-bahan yang masuk ke dalam tubuh badan kita.
  2. Berperanan bagi menukarkan makanan yang dimakan kepada otot-otot, tenaga dan protein
  3. Pengeluaran hormon
  4. Melakukan pembentukan dan pembuangan kolestrol dan lemak

Berikut di atas merupakan hanya beberapa sahaja daripada fungsi-fungsi yang dijalankan oleh hati kita. Bayangkan sekiranya proses-proses tersebut terganggu kerana masalah hepatitis yang kita alami. Hal ini pasti akan mendatangkan pelbagai lagi masalah kesihatan lainnya pada kita.

 

Faktor Pendorong Penyebaran Hepatitis

oie_wND0lHJeKziE

  • Persekitaran yang tidak bersih
  • Makanan atau minuman yang telah tercemar oleh najis penghidap hepatitis
  • Amalan seks bebas
  • Petugas kesihatan yang tersentuh dengan jarum suntikan pesakit
  • Berkongsi jarum suntikan dengan pesakit hepatitis

 

Langkah Pencegahan

Dengan memahami bagaimana hepatitis dapat tersebar dan menjangkiti kita, kita dapatlah mencegahnya dengan melakukan segala langkah pencegahan seperti memastikan diri dan kawasan persekitaran kita sentiasa bersih. Selain itu kita juga hendaklah mengelakkan daripada tabiat-tabiat buruk seperti amalan seks bebas dan lain-lain lagi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>