Kenali Paraplegia

oie_fgu2f6t1pel2

Hai semua, artikel kita pada hari ini adalah berkenaan dengan suatu keadaan kelumpuhan yang dikenali sebagai paraplegia. Apakah yang dimaksudkan dengan kelumpuhan paraplegia ya? Paraplegia adalah suatu keadaan di mana seseorang itu hilang kemampuan untuk menggerakkan kedua-dua otot pada bahagian bawah tubuh badan mereka. Contoh bahagian bawah adalah seperti kaki, pinggul dan lain-lain.

 

Jenis Paraplegia (Mengikut Tahap Keparahan)

  1. Paraplegia separa : Pesakit masih dapat mengawal beberapa otot dan masih merasakan deria seperti panas atau sejuk.
  2. Paraplegia menyeluruh : Pesakit hilang keseluruhan fungsi otot dan tidak dapat merasakan apa-apa deria langsung.

 

Jenis Paraplegia ( Mengikut Jenis Kelumpuhan dan Kesan Terhadap Otot)

  1. Paraplegia spastik : Otot-otot tubuh pada bahagian yang lumpuh menjadi kaku, kejang dan tidak dapat mengawal sebarang pergerakan.
  2. Paraplegia flaksid : Otot-otot tubuh pada bahagian yang lumpuh menjadi lemah dan terkulai. Otot-otot yang mengalami keadaan ini dapat menjadi berkerut.

 

Gejala-Gejala Paraplegia

Antara gejala-gejala yang dapat dialami oleh pesakit paraplegia adalah seperti merasa kebas-kebas serta mengalami kesukaran untuk menggerakkan otot pinggul, kaki serta lain-lain anggota tubuh badan yang bawah.

 

Faktor Penyebab Paraplegia

Terdapat pelbagai perkara yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami paraplegia. Antaranya adalah seperti :

  • Mengalami multiple sclerosis, iaitu kerosakan pada sel saraf tulang belakang oleh sistem imun tubuh badan.
  • Mengalami sindrom guillain-barre, iaitu kerosakan sistem saraf perifer yang mengawal pergerakan dan deria rasa yang diterima tubuh badan.
  • Berlaku penyumbatan pada pembuluh darah hingga menghalang sumsum tulang belakang daripada menerima zat yang secukupnya.
  • Mengalami kecederaan pada tulang belakang dan seterusnya mengganggu tulang belakang daripada menghantar isyarat ke otak dan ke seluruh tubuh badan.

 

Tips Buat Pesakit Paraplegia

Maklumkan kepada semua ahli keluarga dan rakan terdekat akan keadaan anda serta minta bantuan mereka sekiranya anda tidak berkemampuan untuk melakukan sesuatu perkara. Di samping itu, pesakit juga disarankan untuk menggunakan alat bantuan untuk mereka bergerak dengan lebih mudah. Contohnya seperti kerusi roda, tongkat dan sebagainya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+paraplegia

http://www.alodokter.com/paraplegia

https://sites.google.com/site/obatuntukparaplegia/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>