Penyakit Hati : NAFLD

oie_png

Apa khabar semua? :) Hari ini tcm akan kongsikan mengenai penyakit hati yang dikenali dengan panggilan NAFLD. Apa itu NAFLD? NAFLD ialah singkatan daripada (Non-Alcoholic Fatty Liver Disease). Secara umumnya NAFLD ialah penyakit hati berlemak tanpa alkohol. Ianya terjadi akibat daripada pengumpulan lebihan lemak yang bukannya disebabkan oleh pengambilan alkohol.

Akan tetapi, lemak yang terkumpul tersebut disebabkan daripada faktor-faktor yang lain seperti obesiti, gangguan insulin, diabetes dan sebagainya. Menurut kajian yang dijalankan di Malaysia, dianggarkan sebanyak 17 peratus individu dewasa menghidapi NAFLD. Jumlah ini dikatakan dapat meningkat dari masa ke semasa berikutan dengan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat oleh rakyat Malaysia.

 

Adalah sesuatu perkara yang normal sekiranya hati kita mempunyai sedikit lemak. Namun, bagi mereka yang mempunyai jumlah lemak pada hati yang melebihi daripada lima peratus daripada berat keseluruhan organ hati tersebut, akan dikenal pasti menghidapi penyakit NAFLD. Meskipun kita jarang mendengar akan penyakit ini, tetapi kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada agar tidak menghidapinya.

 

Gejala-Gejala NAFLD

disfagia-ictus-160x160

  • Kurang selesa pada bahagian abdomen (rusuk kanan)
  • Sering merasa letih
  • Mengalami pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Ujian darah fungsi hati yang tidak normal

 

Meskipun dalam kebanyakan kes NAFLD yang terjadi tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala sehinggalah mencapai tahap yang bahaya, berikut di atas merupakan beberapa tanda atau gejala yang berkemungkinan besar dapat berlaku pada pesakit NAFLD. Disebabkan sifatnya yang sukar didalam menunjukkan sebarang gejala di tahap awal, kita semua hendaklah lebih berwaspada.

 

Langkah Pencegahan NAFLD

  • Mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat
  • Melakukan senaman dan mengurangkan berat badan berlebihan
  • Mendapatkan konsultasi daripada pakar pemakanan seimbang
  • Elakkan daripada tidur sejurus selepas makan
  • Luangkan masa untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan terkini

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>