Tips Kesihatan : Khasiat Lidah Buaya

oie_a0LCAH0IOGaV

Hello semua, info kesihatan yang akan tcm kongsikan bersama anda semua pada hari ini ialah berkenaan dengan khasiat yang dapat kita perolehi dari lidah buaya. Jangan terkejut yea, tiada haiwan yang telah dicederakan di dalam perkongsian kali ini. Lidah buaya yang dimaksudkan tersebut merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali dengan nama lidah buaya.

Tumbuhan yang dikenali sebagai lidah buaya ini merupakan salah satu daripada 250 spesis tumbuhan aloe vera yang terdapat di serata dunia.

 

Tumbuhan Aloe Vera?

Yup, bagi penggemar produk kecantikan, tcm pasti anda sangat mengenali perkataan ini. Ini kerana, “aloe vera” sering tersenarai sebagai salah satu bahan yang terdapat di dalam produk kecantikan. Untuk pengetahuan anda, daun lidah buaya mempunyai pelbagai khasiat yang dapat kita perolehi tidak kiralah dari segi kecantikan ataupun kesihatan.

 

Kandungan Lidah Buaya

  • Air
  • 20 Mineral
  • 12 Vitamin
  • 18 Asid Amino
  • 200 Phytonutrien
  • Enzim
  • Triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula di dalam darah)
  • Glyconutrien & Glycoprotein
  • Polisakaraid
  • Acemann, Mannose-6-Fosfat Polimannan
  • Fenolik Glikosid
  • Dihidrokomari

 

Antara Khasiat Lidah Buaya

1. Melebatkan Rambut Serta Menghilangkan Masalah Kelemumur

Cecair atau lendir di dalam daun lidah buaya dapat menyuburkan rambut serta menanggalkan kelemumur sekiranya dilumurkan atau disapukan pada rambut. Walaupun begitu, bagi mendapatkan hasil yang maksimum, ianya perlulah dilakukan setiap malam sebelum tidur sekurang-kurangnya selama dua hingga tiga bulan.

2. Mengubati Luka Terbakar

Cara bagi mengubati luka terbakar dengan menggunakan daun lidah buaya ialah dengan mencuci terlebih dahulu daun lidah buaya tersebut. Kemudian, daun lidah buaya dibelah kepada dua dan gel yang terdapat di dalam lidah buaya disapukan pada kawasan yang mengalami luka tersebut. InsyaAllah, luka tersebut dapat sembuh di dalam tempoh masa 2-3 hari.

3. Melicinkan Serta Mematikan Pigmen Hitam Pada Kulit

Bagi mendapatkan kulit yang licin serta mematikan pigmen hitam yang terdapat pada kulit wajah anda, anda boleh mencuba amalan menyapukan lendir lidah buaya pada kulit wajah sebelum tidur. Ianya lebih selamat berbanding krim losyen malam anda yang mungkin telah dicampur dengan pelbagai bahan kimia yang mempunyai kesan sampingan.

4. Dapat Menurunkan Kadar Gula

Amalan mengambil jus lidah buaya setengah sudu yang diamalkan berterusan selama 14 hari dapat menurunkan kadar gula sebanyak 45%.

5. Menyembuhkan Luka Kecil Dengan Cepat

Kajian menunjukkan gel aloe vera yang terdapat pada daun lidah buaya dapat mempercepatkan proses penggantian sel serta mencantumkan luka-luka. Selain itu, ia juga dapat digunakan bagi merawat masalah-masalah seperti kudis, gatal-gatal serta mengelakkan jangkitan.

6. Berfungsi Sebagai Agen Anti Penuaan

Kandungan polisakarida dan monosakarida yang terdapat di dalam daun lidah buaya dapat melindungi kulit daripada penuaan. Pendedahan terhadap cahaya matahari dan proses penuaan normal akan mengurangkan penghasilan protein sokongan pada kulit yang dikenali sebagai kolagen. Minuman herba lidah buaya dapat menggalakkan penghasilan kologen melalui peningkatan aktiviti penggabungan sel.

 

NOTA PENTING :

Wanita yang sedang hamil dilarang sama sekali dari mengambil sebarang minuman jus lidah buaya. Ini kerana, jus lidah buaya dapat memudaratkan kandungan dan kesihatan wanita hamil tersebut.

 

Tips Penanaman Daun Lidah Buaya

Dah tengok khasiat lidah buaya? Mesti berminat nak tanam kan? Meh tcm nak kongsikan langkah-langkah yang boleh kita ikuti di dalam penanaman daun lidah buaya ni.

  1. Sediakan bekas atau pasu yang berisi tanah. Tanah terbaik yang boleh digunakan untuk menanam daun lidah ialah tanah pasir kering yang boleh dicampurkan dengan perlite, granit, batu-batu kecil dan arang. Sebelum itu pastikan bekas atau pasu anda mempunyai lubang di bahagian bawah supaya air dapat mengalir.
  2. Setelah itu, masukkan tumbuhan lidah buaya kedalam tanah di dalam pasu atau bekas tersebut.
  3. Sekiranya anda menggunakan potongan daripada daun lidah buaya yang telah dipotong, cukuplah sekadar menanamkan separuh daripada potongan tersebut. Bagi kaedah ini anda haruslah bersabar kerana ia mungkin mengambil masa selama beberapa minggu ataupun bulan. Akan tetapi, sekiranya anda menggunakan biji benih di dalam penanaman tumbuhan ini, kebiasaanya ia akan berkembang dengan lebih cepat iaitu dalam masa dua minggu sahaja sebelum berubah menjadi tanaman baru.
  4. Akhir sekali, anda dapat menyiram tanaman anda pada setiap hari di dalam membantu pertumbuhannya. Akan tetapi, pastikan air yang dirsiram tidak terlalu banyak kerana ia dapat membuatkan akar tanaman anda menjadi busuk.

Tanaman ini mampu untuk terus hidup meskipun anda tidak menyiram tanaman ini selama seminggu. Ini kerana, tumbuhan daun lidah buaya hanya memerlukan lembapan tanah yang amat minimum.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-lidah-buaya-aloe-vera.html

http://www.petuatradisional.com/tips/khasiat-lidah-buaya

http://puteri-pelangi.blogspot.my/2012/08/1001-khasiat-lidah-buaya.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>