Jet Lag

Flying Woes 2, Linda Braucht (20th Century/American), Computer Graphics

Salam sejahtera buat semua pembaca. Untuk artikel kali ini, tcm ingin kongsikan mengenai suatu istilah yang sering diguna pakai oleh mereka yang sering travel perjalanan yang jauh sehingga melintasi beberapa zon waktu yang berbeza. Istilah yang sering diguna pakai itu ialah “jet lag”. Secara umumnya, jet lag merupakan perasaan letih yang dialami seseorang itu setelah melakukan perjalanan menaiki kapal terbang yang panjang.

Hal ini terjadi kerana ketidakmampuan tubuh badan seseorang itu bagi menyesuaikan diri dengan zon waktu yang baru. Jet lag juga dapat menggangu pola tidur seseorang itu hingga menyebabkan mereka merasa mengantuk dan kurang bertenaga. Semakin lama masa perjalanan, semakin banyak zon waktu yang dilintasi seseorang itu dan ini secara tidak langsung dapat membuatkan jet lag yang dialami semakin teruk.

 

Tubuh Badan

chibi_reiko_wakes_up__wechat_contest__by_mmidori31-d7kqoit

Tubuh badan kita memiliki jamnya yang tersendiri sesuai dengan waktu tempat tinggal kita. Berikut merupakan beberapa perkara yang dipengaruhi oleh jam tubuh badan kita :

  • Pola tidur dan bangun
  • Suhu badan
  • Nafsu makan
  • Pencernaan
  • Tekanan darah

 

Untuk lebih memudahkan lagi pemahaman kita, jet lag terjadi kerana ketika ini tubuh badan kita telah pun terbiasa mengikuti waktu tempatan di tempat tinggal kita. Apabila kita keluar dari zon waktu tersebut dan masuk ke dalam zon waktu yang berbeza, tubuh badan kita pasti akan mengalami sedikit kekeliruan dan seterusnya mempengaruhi beberapa perkara seperti yang dinyatakan dibawah.

Sebagai contoh, ketika waktu pagi, kita akan merasa lapar sekiranya kita masih lagi belum bersarapan, dan secara automatik pula kita akan merasa sangat mengantuk pada waktu malamnya. Cuba bayangkan, secara tiba-tiba, tubuh badan kita perlu menyesuaikan diri dengan rutin harian kita pada zon waktu yang berbeza sama sekali. Hal ini secara tidak langsung telah mendatangkan kekeliruan pada tubuh badan kita.

 

Gejala-Gejala Jet Lag

chibi_reiko_is_tired__wechat_contest__by_mmidori31-d7km6lz

  • Keletihan
  • Insomnia
  • Sembelit
  • Diarrhea
  • Dehidrasi
  • Sakit kepala
  • Mual
  • Cepat marah
  • Pening

 

Tips Mengatasi Jet Lag

  1. Melakukan rutin baru sesuai dengan zon waktu yang baru.
  2. Elakkan daripada tidur di siang hari setelah sampai di destinasi anda.
  3. Luangkan banyak masa melakukan aktiviti di luar kerana ia dapat membantu tubuh anda untuk lebih mudah menyesuaikan diri dengan zon waktu yang baru.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>