Tips Kesihatan : Kebaikan Tanah Liat

 

oie_qUjE1PreZQzj

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan mengenai manfaat yang dapat kita semua perolehi daripada tanah liat. Tahukah anda, tanah liat sebenarnya telah dikenalpasti sebagai bahan yang sangat baik untuk kesihatan kita?  Selain itu, tanah liat juga sering digunakan sebagai bahan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Selain daripada kos yang rendah, tanah liat juga telah terbukti memberikan hasil yang sangat berkesan.

 

Walaupun ianya sesuatu yang agak pelik untuk kita terima, tanah liat sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan seperti dapat menganjalkan dan membersihkan kulit mereka yang mengamalkannya. Tanah liat memiliki kandungan kelembapan yang tinggi dan mampu berfungsi sebagai pembasmi kuman (antiseptik). Ini secara tidak langsung menjadikan tanah liat sebagai salah satu sumber semula jadi buat penjagaan wajah.

 

Kebaikan Tanah Liat

Tanah Liat Biru

blue

Tanah liat biru merupakan salah satu jenis tanah liat yang paling banyak sekali digunakan. Ianya sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang normal. Selain itu, ianya juga sangat efektif sekali untuk digunakan sebagai rawatan selulit.

 

Tanah Liat Kuning

yellow

Tanah liat kuning kaya akan kalium, zat besi dan sangat baik sekali bagi merawat kulit berminyak dan berjerawat. Dengan kandungannya yang mengandungi komposisi mineral yang unik, sekiranya tanah liat kuning digunakan sebagai masker rambut, rambut akan kelihatan lebih sihata dan bersinar.

 

Tanah Liat Merah

red

Tanah liat merah dapat digunakan untuk kulit yang sering mengalami iritasi akibat daripada jerawat dan alergik. Tanah liat ini akan mengurangkan keradangan yang terjadi. Selain itu, ia juga berfungsi di dalam membantu mengurangkan penuaan dan meningkatkan peredaran darah.

 

Tanah Liat Hitam

black

Selain daripada bagus untuk merawat kulit berminyak, tanah liat hitam juga bagus untuk menghilangkan jerawat. Masker dengan menggunakan tanah liat hitam, dapat menghilangkan lemak dan kotoran dari pori-pori dengan berkesan.

 

Tanah Liat Putih

grey

Tanah liat putih memiliki kandungan yang sangat sesuai sekali digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan masker tubuh untuk mencegah penuaan dan menjadikan kulit lebih sihat. Bagi yang mempunyai masalah rambut pula, tanah liat putih dapat digunakan bagi mengembalikan kesihatan rambut yang rosak.

 

Tanah Liat Merah Muda

red2

Tanah liat merah muda dapat digunakan untuk memelihara kulit kering dan melembapkannya. Selain dapat mengurangkan kedutan, tanah liat ini juga dapat menyegarkan kulit. Oleh kerana, tanah liat ini hanya sesuai digunakan untuk wajah dan tubuh sahaja, adalah lebih baik anda elakkan daripada menjadikannya sebagai masker rambut.

 

Tanah Liat Hijau

green

Sama seperti tanah liat putih, tanah liat hijau juga sesuai digunakan mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Selain itu, tanah liat hijau dapat memutihkan dan menghilangkan pori-pori besar. Untuk yang ingin segarkan kulit kepala, mereka bolehlah menggunakan tanah liat hijau sebagai masker rambut.

 

Tcm pasti semua dah tak sabar nak cari tanah liat sekarang kan, sabar..apa yang penting, pastikan anda dapatkan dahulu nasihat dan juga bimbingan daripada doktor atau pakar kesihatan yang bertauliah sebelum anda mengamalkannya. Ini bertujuan supaya dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Serta anda juga dapat memastikan adakah kulit anda sesuai untuk mengamalkannya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>