Penyakit Pleuritis

oie_7j6MTKGbHCI7

Hai semua, tajuk perkongsian kita untuk hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Pleuritis”. Wah, apa tu? Pleuritis adalah sejenis radang yang terjadi pada pleura (iaitu lapisan nipis yang membaluti paru-paru). Terdapat pelbagai sebab yang mendorong kepada penyakit ini. Antaranya ialah jangkitan bakteria, tuberkulosis, kanser dan lain-lain.

 

Penderita pleuritis akan mengalami rasa sakit pada bahagian dada terutamanya ketika mereka menarik nafas panjang dan juga ketika batuk. Penderita pleuritis juga kadang-kala mengalami pembentukan rongga di antara lapisan pleura. Rongga-rongga tersebut seterusnya dipenuhi dengan cecair. Keadaan ini dikenali sebagai pleural effusion.

Sekiranya hal tersebut terjadi, ianya dapat membuatkan paru-paru tertekan dan seterusnya membuatkan penderita pleuritis mengalami kesukaran ketika bernafas.

 

Gejala-Gejala Pleuritis

  • Merasa sakit pada bahagian dada
  • Mengalami batuk kering
  • Mengalami sesak nafas
  • Merasa sakit pada bahagian bahu

 

Faktor Penyebab Pleuritis

disfagia-ictus-160x160

  • Jangkitan virus daripada penyakit yang dihidapi sebelumnya
  • Bakteria yang menyerang pleura
  • Jangkitan kulit selulitis
  • Mengalami keracunan makanan
  • Kesan sampingan daripada rawatan radioterapi ataupun kemoterapi
  • Mengalami pembekuan darah di dalam paru-paru
  • Penyakit kanser paru-paru

 

Seperti yang dapat kita baca di atas, terdapat banyak perkara-perkara yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami pleuritis. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa berjaga-jaga agar dapat mencegah daripada menghidapi penyakit ini. Bagi mereka yang mengalami gejala-gejala seperti berpeluh secara berlebihan, sering mengalami mual-mual serta sakit pada bahagian dada sewaktu menarik nafas, lakukanlah pemeriksaan dengan segera.

 

 Langkah Pencegahan Pleuritis

  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mencegah jangkitan virus dan bakteria
  • Menghindari ubat-ubatan yang dapat mendorong alergik
  • Sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa
  • Menjaga kebersihan makanan dan juga minuman

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://id.wikipedia.org/wiki/Pleuritis

http://infolengkappenyakit.blogspot.my/

http://www.alodokter.com/pleuritis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>