Penyakit Otot Lemah
Otot merupakan sebahagian daripada tubuh badan kita. Otot adalah sejenis tisu yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dan juga haiwan. Fungsi otot adalah bagi membantu pergerakan kita, antaranya seperti menggerakkan tulang. Pernah tak anda terfikir, apa akan jadi sekiranya otot anda menjadi semakin lemah? Pasti pergerakan anda akan mengalami gangguan kan?
Jadi disebabkan itu, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dapat membuatkan otot seseorang itu menjadi lemah. Penyakit tersebut dikenali sebagai distrofi otot (muscular dystrophy, MD).
Gejala-Gejala Otot Lemah
- Biasa terjadi pada bahagian bawah kaki, tangan, leher dan muka
- Pesakit juga sering mengalami katarak dan gangguan degupan jantung
- Pesakit lelaki berpotensi mengalami perubahan hormon yang dapat menyebabkan kebotakan dan kadangkala kemandulan
- Ciri-ciri muka pesakit biasa kelihatan berbeza kerana mengalami kelemahan otot pada bahagian rahang dan juga leher
Penyebab Otot Lemah
Penyakit otot lemah dapat dialami oleh sesiapa sahaja pada sebarang peringkat umur. Penyakit otot lemah atau MD merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan berlakunya mutasi pada gen yang diperlukan untuk fungsi otot normal. Kesan daripada mutasi inilah seterusnya yang membuatkan otot tersebut gagal menjalankan fungsinya dengan baik.
Mereka yang menghidapi penyakit ini mempunyai 50% peluang untuk mewariskan mutasi gen tersebut kepada anak-anak mereka.
Langkah Mengatasi Otot Lemah
Penawar kepada penyakit ini masih lagi sedang giat dikaji, apa yang boleh kita lakukan pada masa kini adalah dengan menanggani gejala penyakit tersebut sahaja. Contoh seperti ketika otot semakin lemah, pesakit boleh menggunakan tongkat bagi membantu mereka untuk berjalan atau bergerak ke suatu tempat. Untuk gejala lain seperti katarak dan gangguan jantung, terdapat ubat-ubatan yang dapat diambil bagi merawat gejala tersebut.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+otot+lemah
https://www.google.com/search?q=apa+itu+distrofi+miotonik
https://ms.wikipedia.org/wiki/Distrofi_otot
https://hellosehat.com/penyakit/distrofi-miotonik/