Penyakit Rabies
Apa khabar semua? Seperti biasa, hari ini tcm akan kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan tips-tips kesihatan yang boleh sama-sama kita amalkan atau penyakit-penyakit berbahaya yang dapat kita kenalpasti dan mencegah daripada menghidapinya. Tajuk kita hari ini adalah berkenaan dengan penyakit rabies. Apa tu penyakit rabies?
Penyakit rabies atau juga lebih dikenali sebagai penyakit anjing gila merupakan sejenis penyakit jangkitan virus. Penyakit rabies boleh dikategorikan sebagai penyakit serius yang dapat menyerang otak dan sistem saraf seseorang itu. Virus rabies dapat ditemui di dalam air liur haiwan. Rabies pada haiwan telah ditemui sejak tahun 1884 lagi.
Gejala-Gejala Rabies
- Merasa gelisah
- Sakit kepala
- Demam
- Tidak bertenaga
- Hidrofobia (Takut atau bencikan air)
- Kekejangan otot kerongkong (sukar untuk menelan)
- Fikiran bercelaru
- Mengalami sawan yang boleh membawa maut
Penyebab Rabies
Virus lyssaviruses merupakan penyebab kepada penyakit rabies. Virus ini dapat menjangkiti manusia melalui haiwan yang telah pun dijangkiti virus ini. Seseorang itu dapat dijangkiti penyakit rabies sekiranya air liur haiwan yang dijangkiti penyakit itu masuk ke dalam tubuh badan mereka. Air liur haiwan tersebut dapat memasuki tubuh badan seseorang itu melalui :
- Gigitan
- Cakaran
- Jilatan haiwan pada tempat luka
Setelah Dijangkiti Rabies
Setelah seseorang itu dijangkiti penyakit ini, virus akan masuk dari saraf-saraf dan menuju terus pada bahagian sumsum tulang belakang dan otak mereka. Kemudiannya, ia akan membiak di situ. Setelah itu, virus tersebut akan berpindah pula dari bahagian saraf pada bahagian bukan saraf. Penyakit ini sememangnya penyakit yang serius dan tidak boleh dipandang remeh.
Haiwan Yang Berisiko Tinggi
Setiap jenis haiwan mamalia berisiko menjadi penyebab kepada penyebaran penyakit rabies. Walaupun begitu, penyakit rabies lebih sering disebarkan oleh beberapa jenis haiwan yang tertentu. Berikut merupakan beberapa jenis haiwan yang berisiko tinggi menjadi penyebab kepada penyebaran virus rabies ini. Antaranya ialah :
- Anjing
- Kucing
- Lembu
- Kambing
- Kuda
- Musang
Langkah-Langkah Pencegahan
Antara langkah-langkah pencegahan bagi penyakit rabies ialah dengan mendapatkan vaksinasi. Vaksinasi amat penting sekali terutamanya bagi mereka yang sering berintreraksi dengan haiwan seperti doktor haiwan, penjaga zoo, penternak haiwan dan lain-lain. Selain itu, pastikan juga anda tidak menyentuh sebarang haiwan liar secara sembarangan.
Ini kerana, perbuatan tersebut mampu membuatkan anda tercedera dan berisiko digigit oleh haiwan tersebut. Perkara ini hendaklah dipandang serius kerana sekiranya hal itu berlaku, ianya dapat membuatkan anda berisiko dijangkiti penyakit rabies sekiranya haiwan tersebut telahpun menghidapinya.
Langkah pencegahan seterusnya ialah sentiasa pastikan kesihatan haiwan peliharaan anda. Pastikan mereka mendapat pemeriksaan dari masa ke semasa bagi menentukan tahap kesihatan mereka.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.penyakitsaraf.com/penyakit-rabies-dan-bagaimana-pencegahannya.html
http://www.alodokter.com/rabies
http://cara-ngatasi.blogspot.my/2014/05/gejala-penyakit-rabies-pada-manusia-dan-penularan-virus-rabies-dari-hewan.html
http://www.myhealth.gov.my/en/rabies-penyakit-anjing-gila/