Penyakit Ginjal

oie_XR9rMfqASCUM

Salam sejahtera semua, tajuk yang tcm ingin kongsikan bersama anda hari ini ialah berkenaan dengan penyakit ginjal. Ginjal merupakan salah satu organ yang penting di dalam tubuh badan kita. Ginjal berfungsi sebagai organ yang akan mengeluarkan sisa dari sistem metabolisme yang terjadi pada tubuh badan kita. Sekiranya ginjal tidak berfungsi dengan baik, sisa-sisa tersebut tidak dapat dikeluarkan.

 

Sisa daripada sistem metabolisme yang tidak dikeluarkan dapat menjadi racun dan sangat berbahaya sekali bagi kesihatan tubuh badan kita. Secara puratanya, ginjal akan mengeluarkan cecair yang terkumpul dan berlebihan di dalam tubuh badan kita sebanyak 750ml-1500ml sehari. Untuk dapatkan lebih pencerahan mengenai ginjal, jom teruskan bacaan di bawah mengenai peranan-peranan ginjal.

 

Peranan-Peranan Ginjal

20490-200

  1. Berfungsi sebagai sistem filter bagi menyaring dan membuang sisa-sisa dari pelbagai jenis makanan dan benda asing yang terdapat di dalam tubuh badan
  2. Menyaring dan membersihkan darah di dalam tubuh badan
  3. Menjaga keseimbangan tubuh badan
  4. Menghasilkan hormon erythropoietin yang membantu di dalam pembuatan sel darah merah
  5. Menghasilkan hormon yang mengawal tekanan darah

 

Penyebab Penyakit Ginjal

Terdapat pelbagai perkara yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami penyakit ginjal. Penyebab utamanya ialah pengambilan air kosong yang tidak mencukupi. Pengambilan air kosong yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Antara penyebab lainnya ialah terjadinya penyumbatan pada saluran ginjal, mengalami jangkitan yang teruk, disebabkan penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.

 

Gejala-Gejala Penyakit Ginjal

walkingkidney

  • Merasa sakit pada bahagian pinggang
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Urin berwarna kemerah-merahan
  • Sering mual-mual dan muntah
  • Kerap buang air kecil berbanding sebelumnya
  • Demam pada suhu yang tinggi
  • Tiada selera makan

 

Adalah amat penting sekali bagi kita untuk sentiasa peka dengan gejala-gejala yang ditunjukkan tubuh badan kita. Sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas, anda berpotensi tinggi mengalami penyakit ginjal. Jadi, segerakanlah untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Ini kerana, sekiranya kita mengabaikannya sahaja, penyakit ini dapat menjadi lebih teruk lagi.

 

 Langkah-Langkah Pencegahan

Kidney-Punch-logo-for-Facebook

  • Banyakkan Pengambilan Air Kosong : Seperti yang telah kita baca tadi, kekurangan pengambilan air kosong merupakan penyebab utama kepada penyakit ginjal. Dengan memastikan pengambilan air kosong yang mencukupi, kita juga secara tidak langsung akan mengurangkan risiko terkena penyakit ginjal.
  • Berhenti Merokok : Rokok mengandungi nikotin yang sangat berbahaya bagi kesihatan tubuh badan kita. Selain mendorong kepada kegagalan ginjal, rokok juga dapat menyebabkan penyakit berbahaya lainnya seperti penyakit jantung dan juga stroke.
  • Elakkan Pengambilan Alkohol : Pengambilan alkohol untuk tempoh masa yang lama dapat merosakkan ginjal. Ini kerana, terdapat pelbagai kandungan di dalam alkohol yang dapat membebankan fungsi ginjal. Sekiranya ia berlaku secara berterusan, ia akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada fungsi ginjal.
  • Kurangkan Penggunaan Garam Dalam Masakan : Selain daripada berfungsi menyaring semua racun, ginjal juga berfungsi bagi menyaring garam di dalam tubuh badan. Jadi, adalah sangat disarankan supaya kita semua tidak mengambil garam yang berlebihan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://gejalapenyakitginjal.com/

http://penyakit-ginjal.com/

http://redaksikesehatan.com/atasi-penyakit-ginjal-dengan-cara-alami/

http://gagal-ginjal.com/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>