Penyakit Rachitis

oie_ksyts5cfsxfm

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit rakitis. Penyakit rakitis merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan tulang penderita mengalami pelembutan, patah atau kelainan bentuk. Penyakit ini dapat terjadi pada sesiapa sahaja.

Walaupun begitu, penyakit ini lebih sering terjadi pada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang teruk. Ini kebiasaannya disebabkan oleh kelaparan atau kebuluran pada peringkat awal zaman kanak-kanak tersebut.

 

Gejala-Gejala Rachitis

  • Mengalami penebalan pada pergelangan tangan
  • Mengalami kecacatan tulang rangka
  • Tulang terasa sakit serta mudah patah
  • Mengalami gangguan pertumbuhan
  • Tulang kaki atau punggung melengkung
  • Tulang dada menonjol

 

Faktor Penyebab Rachitis

Penyebab utama yang mendorong kepada terjadinya penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin D dan kalsium pada seseorang itu. Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana seseorang itu boleh mengalami kekurangan zat tersebut yea? Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada keadaan ini. Antaranya seperti kurangnya pengambilan makanan yang kaya akan zat tersebut.

Contohnya seperti sayur-sayuran, keju, susu, telur serta minyak ikan.

 

Penyebab Lain Kekurangan Vitamin D dan Kalsium

  • Kesan sampingan ubat-ubatan yang mengganggu kemampuan tubuh dalam mengawal vitamin D
  • Jarang terdedah kepada sinar cahaya matahari di waktu pagi
  • Anak yang menyusu dari ibu yang mengalami kekurangan vitamin D
  • Kelahiran pra matang yang menyebabkan pembentukan penyimpanan atau bekalan vitamin D ketika di dalam kandungan menjadi tidak sempurna

 

Tips-Tips Menanggani Rachitis

Penyakit rachitis mampu ditanggani dengan mencukupkan kadar vitamin D dan kalsium di dalam tubuh badan seseorang itu. Bagi mencukupkan dua zat tersebut, terdapat beberapa cara yang dapat dilakukan. Antaranya adalah seperti :

  • Galakkan anak-anak anda untuk terdedah kepada cahaya matahari pagi selama 10-15 minit kerana merupakan salah satu sumber vitamin D yang baik.
  • Kawal pemakanan anak anda supaya mendapat makanan yang seimbang dan kaya akan vitamin D seperti telur, sardin atau ikan salmon, kacang, tauhu dan tempe, sayur-sayuran dan susu.
  • Selain daripada kedua-dua tips di atas, anda juga boleh berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan makanan tambahan vitamin D dan juga kalsium mengikut keperluan anda sendiri.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=rakitis

http://www.alodokter.com/rakitis

https://id.wikipedia.org/wiki/Rakitis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>