Buta Warna ?

oie_B4N5pJgAk9KY

Buta warna adalah suatu bentuk masalah kekurangan penglihatan ke atas warna. Kebiasaannya, mata tidak akan dapat melihat warna seperti biasa apabila terdapat sebarang masalah dengan pigmen pada reseptor warna. Sekiranya terdapat salah satu pigmen yang hilang, secara automatiknya mata akan mengalami masalah untuk melihat warna tertentu.

Mereka yang mengalami masalah buta warna, kebiasaannya akan mengalami kesukaran untuk melihat warna merah, hijau, biru atau campuran daripada warna-warna ini. Walaupun begitu, terdapat juga kes di mana mereka tidak dapat melihat sebarang warna sama sekali. Akan tetapi, kes ini sangat jarang terjadi. Disebabkan terdapat perbagai jenis buta warna yang berbeza-beza, sesetengah orang bahkan tidak menyedari mereka mengalaminya sehinggalah menjalani ujian penglihatan warna.

 

Jenis2 Buta Warna :

thinking-boy

  1. Buta warna merah-hijau: Buta warna yang paling umum. Lelaki mempunyai kecenderungan yang lebih besar untuk mengalami buta warna jenis ini daripada wanita. Mereka yang menderita buta warna jenis ini, mempunyai kesukaran untuk membezakan warna merah, kuning hingga hijau. Selain itu, ada juga yang sukar membezakan warna merah dan hitam.
  2. Buta warna biru-kuning : Buta warna jenis ini sangat jarang terjadi. Lelaki dan seakan-akan wanita mempunyai peratusan yang sama untuk menderita buta warna jenis ini. Mereka yang menderita buta warna jenis ini, biasannya mempunyai kesukaran bagi membezakan warna biru hingga hijau. Warna kuning pula kelihatan seperti warna abu-abu atau ungu sedangkan hijau kelihatan seakan-akan kebiru-biruan.

 

Faktor2 Pendorong :

Stop-and-Prevent-Cat-Diarrhea

  1. Genetik - Mengalami semenjak mereka dilahirkan serta merupakan faktor genetik yang diturunkan daripada ibu bapa. Buta warna akibat daripada faktor genetik lebih banyak terjadi pada lelaki berbanding wanita.
  2. Usia - Kemampuan seseorang untuk membezakan warna, akan berkurang secara perlahan-lahan seiring dengan bertambahnya usia. Ini adalah proses semulajadi didalam proses penuaan.
  3. Bahan kimia - Seseorang yang sering terdedah kepada bahan kimia juga berisiko mengalami buta warna.
  4. Penyakit - Terdapat beberapa penyakit yang mampu menyebabkan terjadinya buta warna. Antaranya ialah Alzheimer, Parkinson, Glaukoma, Diabetes, Leukimia dll.
  5. Kesan sampingan - Faktor yang terakhir adalah kesan sampingan daripada ubat-ubatan tertentu seperti digoxin, pheytoin, chloroquine dan sildenafil (viagra).

 

Jom Uji Mata Anda ? :)

gambar-emoticon-lucu-dan-aneh-bergerak-terbaru

Ujian ini dipanggil plat Ishihara, ia mengandungi nombor plat berwarna. Setiap plat berwarna mengandungi bulatan titik muncul secara rawak dalam warna dan saiz. Di dalam plat berwarna, terkandung titik yang membentuk nombor dan dapat dilihat dengan jelas oleh mereka yang mempunyai penglihatan warna yang normal.

Namun, ia akan mendatangkan kesukaran untuk membezakan warna tersebut bagi mereka yang mempunyai masalah buta warna. Berikut merupakan beberapa gambar bagi menguji mata anda untuk menentukan adakah anda salah seorang daripada penderita buta warna.

Ishihara plate 2Gambar Pertama : Mununjukkan no “74“. Mereka yang mempunyai buta warna merah / hijau akan melihat 21.

Ishihara color test plate 3

 Gambar Kedua : Menunjukkan no “6“. Sekiranya anda tidak dapat mengenalpasti sebarang nombor daripada gambar tersebut. Anda berkemungkinan menghidapi buta warna merah dan hijau.

ishihara color testGambar Ketiga : Menunjukkan no “8“. Mereka yang mengalami masalah buta warna merah / hijau  akan melihat nombor 3.

color blindness testGambar Keempat : Menunjukkan no “3“. Mereka yang mengalami masalah buta warna merah / hijau akan melihat nombor 5.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bagi menguji mata anda, bagi mereka yang dapat mengenal pasti nombor-nombor tersebut, tahniah!! penglihatan anda normal. Namun bagi mereka yang tidak dapat mengenal pasti nombor-nombor tersebut. Janganlah bersedih, ini kerana “buta warna” bukanlah satu kekurangan. Akan tetapi, ianya adalah suatu keunikan istimewa yang terdapat pada diri anda. Yang penting. “Never Give Up!!” :)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>