Penyakit Kleptomania

oie_bybnvow1tzsk

Salam khamis semua, hari ini artikel kita adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dapat mendorong seseorang itu melakukan perbuatan yang terlarang dan sangat tidak baik. Perbuatan tersebut ialah “Mencuri”. Mencuri? Yup, penyakit ini dapat mendorong seseorang itu untuk mencuri sesuatu barang yang bukan milik mereka. Penyakit ini dikenali sebagai “Kleptomania”.

 

Perbezaan Pencuri Dan Kleptomania

Walaupun pesakit kleptomania kelihatan seperti seorang pencuri, namun begitu terdapat perbezaan di antara mereka dan pencuri. Pencuri kebiasaannya akan mencuri sesuatu barang disebabkan oleh keuntungan yang dapat diperolehi mereka. Pesakit kleptomania pula kebiasaannya akan mencuri tanpa sebarang niat dan barang curian mereka biasanya tidak mempunyai nilai yang tinggi (murah).

 

Gejala-Gejala Kleptomania

  • Mula merasa bersalah, menyesal dan membenci diri sendiri setelah mencuri sesuatu
  • Mengalami dorongan yang kuat untuk mencuri sesuatu yang tidak diperlukan
  • Merasa lega atau puas ketika mencuri
  • Tidak melakukan pencurian atas dasar kepentingan peribadi atau sebarang dendam
  • Dorongan kuat untuk mencuri berlaku secara spontan, ketika sedang tertekan (stress)

 

Penyakit kleptomania sebenarnya merupakan gangguan kesihatan mental yang serius. Jadi, tcm sarankan sekiranya anda pernah atau sering mengalami gejala-gejala seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Ini supaya doktor dapat mengenalpasti apakah sebenarnya masalah yang dialami oleh anda dan segera membantu anda di dalam menangganinya.

 

Faktor Penyebab Kleptomania

Penyebab kepada kleptomania masih lagi belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi, ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia mempunyai kaitan dengan salah satu hormon otak yang berfungsi bagi mengawal perasaan dan juga emosi. Hormon tersebut dikenali sebagai “Serotonin”. Selain itu, penyakit ini juga didapati mempunyai kaitan dengan gangguan obsesif-kompulsif.

Antara faktor pendorong kleptomania ialah :

  • Mengalami sebarang kecederaan pada bahagian kepala atau otak
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi masalah kleptomania
  • Mengalami tekanan atau stress yang berlebihan akibat masalah yang dihadapi

 

Rawatan Kleptomania

Secara umumnya, kleptomania sering ditanggani melalui terapi psikologi. Selain terapi, pesakit juga akan dicadangkan untuk memakan ubat-ubatan yang tertentu di dalam membantu proses penyembuhan mereka. Walaupun begitu, antara faktor yang paling penting sekali yang ingin ditekankan adalah semangat yang tinggi oleh pesakit sendiri yang ingin sembuh.

Hal ini secara tidak langsung akan membantu mereka untuk melawan sebarang dorongan yang timbul di dalam diri mereka untuk mencuri.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+kleptomania

http://health.detik.com/read/2011/03/30/112748/1604390/763/kenapa-orang-bisa-jadi-kleptomania

https://id.wikipedia.org/wiki/Kleptomania

http://www.alodokter.com/kleptomania

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>